Malaysia Dateline

Lancar jentera PRN Melaka: BN dikompaun RM10,000

Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional pada malam ini kerana telah melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.

Kompaun kesalahan melanggar SOP itu dikenakan kepada Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional kerana gagal memastikan penjarakan sosial.

Kompaun dikenakan kepada BN kerana menganjurkan majlis sosial

Perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Bagaimanapun pada malam ini, BN dilihat telah menganjurkan pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Melalui siaran secara langsung malam ini kelihatan jentera BN telah berkumpul secara beramai-ramai dan dihadiri ahli dan penyokong dari seluruh negara.