Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Land swap: Wanita PKR enggan tarik kenyataan dan mohon maaf kepada pemaju

Land swap: Wanita PKR enggan tarik kenyataan dan mohon maaf kepada pemaju

MALAYSIADATELINEJune 28, 2019 10:45 am




Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas tidak akan menarik balik kenyataan pernah  dibuat parti itu  membabitkan urusniaga pertukaran tanah (land swap) melibatkan dua pemaju dengan kementerian Pertahanan di Pulau Pinang sejak 24 tahun lalu.

Ketua Komunikasinya Carolyn Khor dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima surat tuntutan pada 24 Jun 2019 dari Cecil Abraham dan Partners untuk menarik balik dan meminta maaf kepada anak guaman mereka – Warisan Pinang Sdn. Bhd., Kiarafield Sdn. Bhd dan Datuk Mohd Ramzan bin Ibrahim.

“Pendirian Wanita Keadilan adalah untuk tidak menarik balik dan memohon maaf kerana rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui hal sebenar.

“Kami mengekalkan bahawa gesaan kami kepada SPRM untuk menyiasat isu-isu land swap termasuk land swap yang melibatkan Datuk Mohd Ramzan Ibrahim dan syarikat-syarikatnya adalah komen yang adil (fair comment) dan berkaitan dengan kepentingan awam (of public interest),” ujarnya.

Surat tuntutan guaman itu dihantar susulan kenyataan dibuat Corolyn pada 8 Jun lalu yang mendakwa pemaju yang dilantik untuk membina berek askar dengan kos RM40 juta menerima dua bidang tanah di lokasi utama di kawasan pulau negeri berkenaan yang didakwanya bernilai kira-kira RM82 juta.

Katanya, berek yang terletak di Bukit Gedung itu juga telah dibina pada kos yang tinggi dan menggesar  SPRM menyiasat pampasan dan pernilaian yang telah diberikan kepada syarikat berkenaan untuk pembinaan kediaman tentera baharu dalam urus niaga yang dijalankan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional itu.

Menurut Carolyn, berek tersebut juga sepatutnya bernilai RM16 juta sahaja tetapi dilaporkan kepada Kementerian Pertahanan telah dibina pada kos RM40 juta.

Justeru wanita PKR telah melantik Vignesh Kumar & Associates sebagai peguam utama untuk kes tersebut.

“Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat akan datang dan kami akan mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada SPRM berhubungan isu pertukaran tanah yang melibatkan The Runnymede dan tanah Bukit Gedung,” ujarnya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production