Malaysia Dateline

Landskap korporat Malaysia diasak badai pada 2018

Landskap korporat Malaysia diasak badai pada 2018. Banyak syarikat mencatat kerugian, selain berlaku rombakan pegawai kanan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di tengah-tengah skandal hutang berbilion ringgit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), serta isu penyelewengan dana dan operasi di banyak syarikat besar yang lain.

Institusi ini yang ditubuhkan dengan objektif mulia, kini berhadapan isu hilang kepercayaan dan keyakinan, ibarat perpatah Melayu ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli lembaga pengarah, untuk keuntungan peribadi.

Masalah ini sudah sampai ke tahap yang sangat serius sehingga kerajaan perlu memberi perhatian dan sumber untuk menyelesaikan hutang yang semakin meningkat dan kemelut kewangan yang dihadapi oleh perbadanan terbabit.

–BERNAMA