Langkah basmi kemiskinan tegar Malaysia bergema di Uganda

Langkah basmi kemiskinan tegar Malaysia bergema di Uganda
Suhaizan (tiga dari kanan) bersama delegasi dari Malaysia yang lain di CPA Munyonyo Kampala, Uganda

Wakil delegasi Johor yang merupakan Speaker Dewan Negeri (Dun) Johor Suhaizan Kaiat telah diberikan peluang untuk memberi ucapan di persidangan ‘Commonwealth Parlimentary Association (CPA)’ di Munyonyo Kampala, Uganda 24 – 29 September 2019.

Beliau telah membentangkan kertas langkah membasmi kemiskinan tegar di bengkel ‘Adaption, engagement, and evolution of Parliaments in a rapidly changing Commonwealth’

Beliau turut mengambil ruang dalam bengkel tersebut untuk berkongsi kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan tegar, meningkatan pendapatan rakyat dan usaha-usaha yang akan dilaksanakan pada masa depan untuk terus mengurangkan jurang kemiskinan bandar dan luar bandar.

“Malaysia juga telah menetapkan tiga strategi untuk kurangkan jurang antara bandar dan luar bandar.

“Pertama, meningkatkan infrastruktur untuk menjadi penghubung bandar dan luar bandar melalui usaha peningkatan kualiti jalan, air dan elektrik.

“Kedua, mewujudkan rangkaian antara bandar dan luar bandar seperti mewujudkan perkhidmatan awam antaranya, bas, teksi, keretapi dan pelbagai lagi kemudahan.

“Ketiga, selain itu, mewujudkan aktiviti ekonomi perkerjaan dan perniagaan di kawasan luar bandar sedang dan masih gigih diusahakan oleh kerajaan sebagai contoh pertanian moden yang mula diperkenalkan di kawasan luar bandar,” ucapnya.

Speaker Melaka Dato Wira Omar Jaafar juga telah mengambil ruang yang sama untuk menjelaskan kejayaan Malaysia dalam mengagaskan Felda untuk membangunkan kawasan luar bandar selepas kemerdekaan 1957.

Persidangan CPA yang berlangsung di Uganda itu menutup tirainya pada 29 September 2019 dan delegasi yang turut sama ke persidangan tersebut, Timbalan Speaker Dun Johor Gan Peck Cheng, Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim, Adun Skudai Tan Hong Pin dan Shubana Yusof, Jurutulis Dewan Johor.