Langkah kerajaan Persekutuan tubuhkan MPKKP adalah tepat, kata Hasbi

Langkah kerajaan Persekutuan tubuhkan MPKKP adalah tepat, kata  Hasbi
Hasbie Muda

Langkah kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) adalah langkah tepat, kata Naib Pengerusi II,  AMANAH Terengganu  Hasbi Muda.

Beliau berkata penubuhan MPKKP yang akan dilaksana pada Januari tahun depan itu bagi mempastikan segala dasar dan polisi kerajaan persekutuan dapat diterjemah dan diterangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi (kampung) dengan lebih berkesan.

Justeru katanya, penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dilantik kerajaan negeri Terenganu sejaak 18 bulan lalu dilihat gagal menunjukkan kemajuan dalam perlaksanaan tugasan enititi tersebut.

“Hal yang demikian membawa kepada keperluan mewujudkan MPKKP kerana MPKK dalam negeri pembangkang gagal menghayati dan menerangkan Polisi serta Dasar Kerajaan Persekutuan.

“MPKK sedi ada hanya berperanan membawa dan menerangkan dasar kerajaan negeri sedangkan lebih separuh elaun MPKK Dan peruntukan tahunan dibayar oleh kerajaan persekutuan,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kenuyataan dibuat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Samsuri Mokhtar pada Sabtu lepas yang dipetik berkata, langkah Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan MPKKP tahun depan bakal menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.

Dr Samsuri berpandangan ia suatu langkah ke belakang yang jelas bertentangan dengan objektif untuk mewujudkan perubahan dalam masyarakat supaya lebih harmoni.

Bagaimanpun Hasbi berkata, sama ada lantikan kerajaan negeri (MPKK) atau lantikan pusat (MPKKP) akan menjalankan tugas seperti biasa.

“Tidak menjadi masalah kerana MPKKP lantikan pusat yang dibayar pusat akan berperanan menerangkan dasar dan polisi kerajaan pusat manakala MPKK lantikan kerajaan negeri boleh meneruskan tugasan mereka untuk menerangkan dasar dan polisi kerajaan negeri dan mereka dibayar sepenuhnya kerajaan negeri,” ujarnya.

MPKKP merupakan entiti di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan fungsi utama MPKKP adalah untuk menerangkan dan menjalankan dasar dan polisi kerajaan persekutuan di peringkat kampung .