Langkah pertama bina Universiti Johor, kata Exco

Langkah pertama bina Universiti Johor, kata Exco

Bermula dengan idea, kini ianya telah digerakkan bagi menjayakan suatu visi pembangunan pendidikan di Johor.

Begitulah tanggapan Aminolhuda Hassan yang menyatakan segala perancangan untuk membina sebuah universiti berkonsep Johor (Universiti Johor) akan dijalankan.

Pengerusi Pendidikan dan Hal Ehwal Agama itu turut menyatakan segala langkah awal telah diusahakan bagi merealisasikan harapan rakyat di negeri ini.

“Kami sudah bersedia sebelum pilihan raya lagi. Dari itu susun atur pengurusan telah pun direncanakan.

“Langkah pertama yang kami ambil dalam masa terdekat ini adalah menubuhkan pasukan pengkaji berkenaan keperluan kemahiran di negeri ini,” jelas Aminolhuda.

Aminolhuda mendaftar masuk ke pejabatnya pada hari pertama bertugas.

Beliau ditemui ketika hari pertamanya memulakan tugas dipejabatnya di Pusat Islam Negeri Johor, semalam.

Aminolhuda yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor dan Adun Parit Yaani berkata khidmat pakar telah dirangka bagi mendapatkan suatu keputusan yang bernas berkenaan dengan universiti tersebut.

“Selain di peringkat negeri, kita juga akan memfokuskan kepada peranan universiti tersebut agar selari dengan kehendak nasional mahu pun peringkat global.

“Asas pendidikan yang ada hari ini akan digabungkan dan perkara tersebut akan dinilai serta semak semula. Tugas pasukan pengkaji ini adalah memberi buah fikiran kepada kerajaan untuk membuka beberapa fakulti pada peringkat awal.

“Selain itu juga lokasi universiti tersebut dibina turut akan dimaklumkan kemudian setelah penilaian tempat keperluan pendidikan ini selesai dikaji,” ujarnya.

Aminolhuda antara 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang dilantik secara rasmi pada 16 Mei lalu setelah Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri Johor.

8.0
OVERALL SCORE
: 10.0
4 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS