Malaysia Dateline

Lantai dan bumbung rosak, sistem pendawaian Seri Perdana berisiko terbakar

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin berkata, keadaan fizikal lantai dan bumbung Kompleks Seri Perdana yang telah rosak atau usang memerlukan kerja baik pulih.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri itu juga berkata, kerosakan turut melibatkan kebocoran dan sistem pencahayaan yang telah lama.

Menurutnya, kerja baik pulih juga perlu dilakukan memandangkan pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin di bangunan itu telah terlalu usang.

Dalam masa sama, jelasnya, perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan rosak dan harus diperbaiki.

Mahiaddin mengakui, kelulusan kerja-kerja baik pulih itu diberi semasa pentadbiran beliau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata,
kerja-kerja baik pulih Seri Perdana bernilai RM38.5 juta.

Menurutnya, projek itu telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021 serta
dijangka siap pada 7 Disember 2021.

Empat lagi sebab kenapa kerja-kerja baik pulih terhadap perlu dilakukan seperti penjelasan Mahiaddin:

1. Sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.

2. Perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.

3. Sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal.

4. Memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal.