Lantang bersuara, Kaka Azraff tuntut penjelasan usai kontrak ditamatkan

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai penyanyi Kaka Azraff yang lantang bersuara mengenai Palestin hingga portal Israel, Jew Hate Database mengelarnya antisemitik.

Susulan itu, Kaka dikatakan telah ditamatkan kontrak bersama Warner Music Malaysia tanpa sebarang alasan munasabah.

Menurut Kosmo, Kaka menerima surat untuk menamatkan perjanjian mereka pada 31 Disember ini namun tidak dinyatakan alasan labelnya berbuat demikian.

“Saya sudah terima (surat), tetapi alasan kenapa tindakan itu dibuat langsung tidak dinyatakan, itu buat saya terkilan.

“Tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang, kalau boleh mahu minta secara rasmi beritahu sebab saya diberhentikan.

“Saya harap ada kenyataan rasmi daripada pihak berkenaan, itu lebih baik,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Walaupun tidak menolak ia bukan rezekinya namun sebagai antara artis terlama di Warner Music Malaysia, jelas kekecewaan.

Tambahnya label memaklumkan bahawa kelantangan bersuara untuk Palestin bertentangan denga polisi global.

“Kami ada berjumpa tapi bukan berbincang. Saya pun tidak tandatangani surat berkenaan sebab perlu perhalusi terma bersama peguam memandangkan mereka menegaskan tindakan saya bersuara tentang Palestin bercanggah dengan polisi global,” katanya.

Peguam mewakili Kaka iaitu Aidil Khalid berkata, ketidakadilan secara terang-terangan berlaku apabila kontrak hanya memberikan keuntungan kepada pihak label

Tambah Aidil, Warner Music Malaysia turut meletakkan klausa baharu. Sepatutnya kontrak Kaka bersama label tersebut berakhir pada April tahun depan.

Baca juga: Dilabel gemuk, Leona minta ‘haters’ letak telefon dekat tepi dan lihat dunia nyata