Lantang bersuara tentang Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kenal model antarabangsa Bella Hadid dan Gigi Hadid yang lantang bersuara untuk negara Palestin walaupun menerima kecaman.

Bella Hadid sanggup hilang kerja sebagai model demi mempertahankan keluarganya yang berasal dari negara yang kini dilanda konflik itu.

Lebih mengejutkan Instagram milik Israel sanggup memuat naik Kenyataan Gigi Hadid yang menentang konflik itu.

Memetik portal TMZ, keluarga hadid kini menerima ugutan bunuh disebabkan kelantangan bersuara.

Bella dan keluarga termasuk adik-beradiknya, Gigi Hadid, Anwar Hadid serta ibu bapa, Mohamed serta Yolanda membuat laporan polis demi keselamatan mereka.

“Kami dimaklumkan ugutan tersebut diterima dari pelbagai medium termasuk menerusi e-mel, media sosial dan telefon bimbit mereka.

“Sumber juga memberitahu nombor telefon bimbit mereka juga telah tersebar dalam internet beberapa minggu lalu,” lapor portal tersebut.

Disebabkan isu tersebut, mereka terpaksa menukar nombor telefon dan kini mempertimbang untuk dapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI).

“Semua terpaksa tukar nombor telefon dan semuanya semakin membimbangkan.

“Mohamed sebagai ketua keluarga kini dalam pertimbangan untuk mendapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI),” katanya lagi.

Banyak artis luar negara yang lain turut menzahirkan sokongan kepada Palestin seperti Kehlani.

Baca juga: Hanya dapat RM50 nafkah untuk setahun, usahawan sensasi dakwa