Malaysia Dateline

Lantik Latheefa penuhi aspirasi 30 peratus wanita pembuat dasar

Pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk meningkatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

Ini termasuklah pelantikan sebagai pemimpin dari golongan profesional.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan, Sabaruddin Alias.

Jelasnya lagi, keputusan yang diambil oleh Tun Mahathir harus dihormati kerana ia sudah pasti membuat perhitungan dan penilaian sebelum pelantikan dibuat.

“Sebagai negarawan yang berpengalaman lama dalam kepimpinan negara, sudah pasti pelbagai sudut diberi perkiraan oleh Tun Mahathir.

“Beliau mengharapkan integriti SPRM dapat diteruskan selari dengan perjuangan PH yang mahukan reformasi dalam pelbagai sistem dan polisi yang dilaksanakan.

“Sehubungan itu, kemampuan, kredibiliti dan keupayaan Latheefa sudah pasti diambil kira oleh Perdana Menteri sebelum keputusan dibuat,” ujarnya lagi.

Menurut Sabaruddin lagi, pelantikan ini juga menjurus kearah sasaran 30 peratus wanita menjadi peneraju dan pemegang jawatan sebagai pembuat keputusan.

Malah tegasnya, sebelum ini PH dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu turut menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran negara.

Justeru itu tambahnya, semua pihak harus menerima keputusan yang telah dibuat oleh Tun Mahathir serta memberi peluang kepada Latheefa untuk membuktikan kemampuan serta tanggungjawab yang telah diberikan kepada beliau dalam menangani dan membanteras