Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Lantik Menteri Pendidikan akan ditentukan oleh saya’

‘Lantik Menteri Pendidikan akan ditentukan oleh saya’

BernamaJanuary 7, 2020 4:03 pm




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menentukan pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu kerana ia merupakan prerogatifnya.

“Akan ditentukan oleh saya kerana itu adalah prerogatif saya,” katanya ketika ditanya mengenai pelantikan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan pada 2 Jan lepas.

Dr Mahathir bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di sini ,hari ini.

Ditanya sama ada peletakan jawatan Maszlee disebabkan cubaannya untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman seperti dilaporkan, Dr Mahathir berkata ia tiada kena mengena dengan perkara itu.

Beliau berkata terdapat banyak sebab yang membuatkan beliau berpendapat adalah perlu untuk Maszlee meletak jawatan.

“Surat yang saya tulis kepada beliau telah disebarkan kepada umum oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang anda dapat lihat ada banyak sebab. Saya tidak kata semua yang beliau lakukan adalah salah.

“Terdapat beberapa perkara yang beliau lakukan adalah betul, tetapi atas sebab-sebab yang lain, saya berpendapat adalah perlu untuk beliau meletak jawatan, beliau bersetuju dan beliau meletak jawatan,” katanya.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas dalam sidang media di Kementerian Pendidikan pada 2 Jan.

Susulan itu, ada pihak mendakwa keputusan itu ada kaitan dengan rancangannya untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

Pembukaan pusat itu dicadangkan susulan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ke Malaysia pada 2017, namun dibatalkan pada Ogos 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Maszlee dalam laman Twitternya hari ini turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah kerana beliau tidak pernah membincangkan perkara itu semasa berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan pusat itu tiada kaitan dengan kementerian itu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production