Lantikan politik zaman BN boleh undur secara terhormat

Lantikan politik zaman BN boleh undur secara terhormat

Semua lantikan politik zaman Barisan Nasional (BN) dahulu seharusnya mengundurkan diri secara terhormat setelah kerajaan kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).

Demikian gesaan oleh Ketua Penerangan PKR Cabang Gerik, Muhammad Amrun Hafifi Md Yunus.

Jelas beliau lagi, individu yang menerima jawatan melalui lantikan politik kerajaan terdahulu sepatutnya mengundurkan diri secara terhormat daripada barisan kepimpinan sekarang.

Malah kata Amrun, berdasarkan pengamatan dan penelitian yang dibuat mendapati masih ramai lantikan politik zaman BN yang memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan maupun perbadanan.

“Terdapat antara mereka semasa pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu berkempen secara terbuka mengajak rakyat mengundi BN.

“Kini setelah 8 bulan menerajui kepimpinan kerajaan negeri dan pusat, masih ramai pemimpin BN tanpa segan dan silu mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan PH.

“Demi urus tadbir yang baik, telus dan bebas dari amalan kronisme, maka adalah lebih bijak sekiranya mereka yang terlibat melepaskan jawatan dengan penuh hormat, ” ujarnya lagi.

Tegas Amrun lagi, peralihan kuasa yang berlaku dalam PRU ke 14 yang lalu telah membawa mesej yang amat penting sehingga mampu mengubah senario politik negara.

Sekaligus, ia memperlihatkan bagaimana rakyat tidak lagi mahu BN menerajui kepimpinan kerajaan negeri maupun kerajaan Pusat.

“Isyarat yang ditunjukkan rakyat bahawa mereka amat dahagakan perubahan serta perlu diberikan perhatian serius.

“Perkara ini perlu dipandang serius agar amanah yang diberikan rakyat kepada PH dapat direalisasikan dengan penuh profesional.

“Maka itu isu lantikan politik zaman BN yang masih berada dalam kepimpinan kerajaan PH harus bersedia untuk berundur tanpa apa jua alasan setelah kerajaan negeri dan pusat beralih tangan pada Mei yang ;lalu,.