Malaysia Dateline

Lapan anggota pengaman PBB maut dalam serangan di utara Mali

Lapan anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera ketika menangkis serangan sekumpulan penyerang bersenjata berhampiran sebuah kampung di utara Mali, kata misi pengaman badan dunia di negara Afrika Barat itu.

Bagaimanapun identiti penyerang belum dikenal pasti.

Pasukan pengaman PBB dan Perancis ditempatkan di utara Mali untuk memerangi kumpulan jihad bersenjata yang dilihat sebagai ancaman terbesar terhadap keselamatan di seluruh wilayah Sahel di Afrika.

Pertempuran berhampiran Aguelhok berlaku pada awal pagi Ahad susulan serangan “oleh penyerang yang berada dalam banyak kenderaan bersenjata,” menurut kenyataan misi pengaman PBB di Mali (MINUSMA).

Ia menyebut pasukan pengaman telah menggagalkan serangan itu namun lapan anggotanya terkorban manakala beberapa orang lagi cedera.

Ketua misi Mahamat Saleh Annadif menuntut “satu tindak balas yang bertenaga, pantas dan bersepadu.”

Satu perjanjian damai pada 2015 telah dimeterai antara kerajaan Mali dan kumpulan pemisah telah gagal menamatkan keganasan itu.

Puak pelampau Islam turut melakukan serangan terhadap sasaran berprofil tinggi di ibu negara, Bamako, serta di negara jiran Burkina Faso dan Ivory Coast.

Pasukan Perancis campur tangan di Mali pada 2013 untuk mengusir pejuang yang telah yang melakukan pemberontakan di Tuareg setahun sebelum itu, dan kira-kira 4,000 anggota tentera Perancis kekal di sana.

Majlis Keselamatan PBB kemudian pasukan pengaman yang telah menjadi sasaran satu kempen bersepadu kumpulan gerila.