Malaysia Dateline

Lapan beranak tinggal di bangsal berdindingkan zink

Lapan beranak di Kampung Kuala Ayer Merah di Machang, Kelantan, terpaksa tinggal dalam bangsal hanya berdindingkan zink apabila keluarga itu tidak mampu menyewa rumah.

Menurut Zuraini Pauzi, kemiskinan hidup menyebabkan dia bersama tujuh anaknya berusia tiga tahun hingga 18 tahun terpaksa berteduh di bangsal.

“Bangsal ini tiada kemudahan tandas dan setiap kali mandi, saya serta anak-anak terpaksa menumpang di rumah kakak atau ibu yang berdekatan selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mereka.

“Ada kalanya, penduduk yang bersimpati akan menghulurkan makanan untuk kami,” lapor BH.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah dengan upah sekitar RM50 sehari sebelum ini ada dipelawa adik-beradiknya untuk tinggal bersama mereka.

Walau bagaimanapun, Zuraini, 47, tidak mahu membebankan mereka yang mempunyai anak ramai.

Jelasnya, tiga anaknya yang bekerja di Johor Bharu ada mengirim wang belanja setiap bulan tetapi ia cukup hanya untuk perbelanjaan mereka sekeluarga di kampung itu.

Baca juga Sanggup heret anak bini dalam jerangkap samar – Ini nasihat warganet elak guna tayar botak kilat

Baca juga Kanak-kanak 12 tahun meraung minta tolong, orang ramai hanya rakam tapi tak bantu langsung