Lapan cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan Thailand

Lapan cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan Thailand

Enam anggota keselamatan dan dua orang awam cedera dalam tiga kejadian letupan bom buatan sendiri di selatan Thailand semalam.

Ketua Polis Pattani Mej Jen Phonsak Wangsupa berkata dalam kejadian 7.50 pagi (waktu tempatan) dua anggota keselamatan cedera apabila sebutir bom buatan sendiri meletup ketika mereka melakukan rondaan.

“Bom buatan sendiri seberat 5kg itu diletakkan di tepi pagar Pondok Salihiah, Khokpo di Pattani dan meletup ketika anggota keselamatan melakukan kawalan keselamatan terhadap guru, ” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)