Laporan audit: Semua aktiviti, akaun Iksim dibekukan, kata Menteri Agama

Laporan audit: Semua aktiviti, akaun Iksim dibekukan, kata Menteri Agama

Semua segala aktiviti dan akaun nstitut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) akan dibekukan serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mujahid Yusof, berkata langkah itu bertujuan membolehkan IKSIM melalui proses pemulihan daripada unsur penyelewengan dana korporat.

Ini susulan Laporan Audit mendedahkan sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan dan pembayaran yang dibuat oleh Iksim tidak dapat dikesan.

“Kira-kira 97 peratus dana yang dibelanjakan IKSIM tidak diketahui atau dikesan, berapa dan bagaimana ia dibelanjakan.

“Ini bukan jumlah kecil bagi IKSIM dan yang kita tahu, hanya 2.2 peratus ada butiran transaksi,” katanya dalam sidang media dilobi Parlimen semalam.

Katanya, pihaknya juga akan melihat terhadap usaha untuk melakukan proses pemulihan di institut berkenaan serta menjaga kebajikan kakitangannya.

“Kita buat keputusan, semua gaji pekerja yang tertunggak akan diselesaikan seberapa segera. Tak timbul isu kami abaikan pekerja.

“Saya harap penjelasan ini dapat meredakan semua pihak yang kononnya kami di Jabatan Perdana Menteri menzalimi pekerja Iksim,” katanya.

Beliau berkata, hasil audit dalaman yang dilakukan terhadap institut berkenaan mendapati terdapat prosedur kewangan tidak jelas serta pembelian yang tidak selari dengan tujuan permohonan.

“Hanya RM0.17 juta atau 2.2 peratus sahaja yang disahkan perbelanjaannya, manakala selebihnya tidak dapat disahkan,” katanya.ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum ini, Iksim mendakwa kerajaan berhasrat menutup institusi itu selepas disekat menerima dana sehingga mengalami kekurangan sumber kewangan dan tidak dapat membayar penuh gaji kakitangan sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, Mujahid berkata, tunggakan gaji kakitangan IKSIM sejak Jun lalu akan diselesaikan dengan segera oleh kerajaan.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote