Laporan Langsung: Pembentangan Belanjawan 2020

Laporan Langsung: Pembentangan Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 dirangka bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”. Kerajaan komited untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan Kerajaan, dan meneruskan matlamat Wawasan 2020 dengan trajektori pertumbuhan baharu berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathi Mohamad

Pembentang Menteri Kewangan Lim Guan Eng selama dua jam itu berakhir pada jam 6.30 petang tadi dengan membentangkan Empat teras yang menunjangi Belanjawan 2020.

PERTAMA : Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital
KEDUA : Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
KETIGA : Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama
KEEMPAT : Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam

Dalam ucapan Lim Guan Eng beliau berkata, ekonomi dunia berada dalam situasi tidak menentu, diakibatkan oleh perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan negara lain terutamanya Republik Rakyat China.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2019 daripada 3.9 peratus pada Julai 2018 kepada 3.2 peratus pada Julai 2019.

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah menurunkan unjuran pertumbuhan perdagangan barangan dunia bagi tahun 2019 daripada 2.6 peratus pada April 2019 kepada 1.2 peratus pada Oktober 2019, iaitu kadar terendah sejak tahun 2009.

Justeru katanya, ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

“Melalui dasar ekonomi dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, ekonomi negara akan kekal berdaya tahan. Dalam separuh pertama 2019, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 4.7 peratus, dengan kadar pertumbuhan suku kedua pada 4.9 peratus.

“Malah, Malaysia adalah salah satu daripada sebilangan kecil ekonomi di dunia yang mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua berbanding suku sebelumnya,” ujarnya dalam ucapan belanjawannya di Dewan Rakyat hari ini.

SPRM Penambahan 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2020. Selain itu, Kerajaan akan mengukuhkan Unit Integriti di semua kementerian dan agensi memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menjalankan Ujian Penilaian Risiko di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Projek Bandar Malaysia –Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan Projek Bandar Malaysia yang melibatkan keluasan 486 ekar di Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah berunding untuk mendapatkan terma yang lebih baik kepada Kerajaan.

Projek ini akan merangkumi Taman Rakyat, dengan pertambahan 5,000 unit rumah mampu milik dan peningkatan penglibatan kontraktor Bumiputera dalam projek ini. Perolehan daripada projek ini akan dinilai dan diumumkan kelak, dan akan digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB.

Rumah – Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own – RTO).

dengan pembiayaan sebanyak RM10 bilion melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu.

Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan, serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.

Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600 ribu pada tahun 2020 untuk pemilikan asing.

Bagi membantu belia untuk memiliki rumah pertama, Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Skim ini juga menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk membaik pulih perumahan tersebut bagi memastikan perkhidmatan lif, pendawaian elektrik, paip pembetungan dan bumbung adalah selamat dan berada dalam keadaan baik.

Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat dan akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan lampu jalan, kawasan parkir motosikal dengan ciri keselamatan dan pagar antipanjat serta program keselamatan lain.

Pertahanan dan Keselamatan Awam -Peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan daripada RM15.6 bilion untuk 2019 kepada RM16.9 bilion untuk 2020.

Kerajaan akan meningkatkan peruntukan Kementerian Pertahanan daripada RM13.9 bilion dalam tahun 2019 kepada RM15.6 bilion untuk tahun 2020. Fokus utama akan bertumpu bagi menambah baik kesiapsiagaan pertahanan, termasuk meningkatkan mobiliti Angkatan Tentera Malaysia.

Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak  RM35 juta bagi tahun 2020. Ini akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)  akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.

 

Sektor sukan – Sejumlah RM299 juta untuk pelaksanan Program Sukan Untuk Semua termasuk memulih dan menaik taraf kemudahan sukan, termasuk Kompleks Belia dan Sukan dan Kompleks Sukan Komuniti seluruh negara;

RM179 juta akan diperuntukkan untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik; dan

RM45 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara berbanding dengan RM15 juta pada Belanjawan 2019.

Belia -Program pembangunan belia dengan memperuntukkan sebanyak RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan.

TOL Lebuhraya Rakyat akan boleh menikmati diskaun sebanyak [18 peratus] secara purata di semua lebuh-lebuh raya milik PLUS. Diskaun tol sebanyak 18 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada rakyat pengguna lebuh raya tersebut sehingga [RM1,130 juta] pada tahun 2020, dan [RM43 bilion] sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

Subsidi petrol- Setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP Bermula Januari 2020, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan seperti berikut:

Pertama :Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap 4 empat bulan. Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020; dan

Kedua:Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol
30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Sektor kesihatan: Perujtukan sejumlah RM30.6 bilion berbanding RM28.7 bilion di bawah Belanjawan 2019.

RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Ini termasuk di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah

Sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Untuk itu, klinik baharu akan dibina di Setiu, Sungai Petani dan Cameron Highlands serta Kudat dan Tawau di Sabah, dan Long San dan Sungai Simunjan di Sarawak

Sejajar dengan prinsip budaya Memperbaiki, Mengganti dan Memulihkan (3R – Repair, Replace and Restore) sebanyak RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian
.Sebagai memenuhi salah satu janji manifesto Pakatan Harapan, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

Bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dan trauma lebih responsif, RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO

Sejumlah RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan ICT, antara lain melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital

Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat, sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli mendapatkan rawatan perubatan

Bagi mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal, mereka akan menerima bayaran tunai sebanyak RM8 ribu, manakala bagi mereka yang dimasukkan ke hospital kerajaan, boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.

Semua penerima isi rumah BSH yang berumur antara 18 hingga 55 tahun dilindungi secara automatik

Pengangkutan kerajaan sebanyak 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

Subsidi kepada pengusaha bas luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM146 juta pada tahun 2020. Menaik taraf landasan keretapi di kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah dengan kos sebanyak RM50 juta.

Kerajaan akan melabur sebanyak RM85 juta bermula tahun 2020 untuk melancarkan aliran trafik kenderaan khususnya yang melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor.

Food Bank  sejumlah RM25 juta diperuntukkan untuk mengurus, mentadbir dan memperluaskan program ke seluruh negara, iaitu satu inisiatif bagi mengagihkan semula sebanyak 3,000 000 metrik tan makanan berlebihan yang diderma setiap hari kepada kumpulan sasaran yang memerlukan, terutamanya golongan B40.

BSH – Kerajaan akan memperuntukkan RM5 bilion meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima bayaran BSH. Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

 

Pembangunan luar bandar daripada RM9.7 bilion dalam tahun 2019 kepada RM10.9 bilion dalam tahun 2020. Kira-kira RM587 juta akan diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar, di mana RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih,

RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30 ribu isi rumah luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di Sabah dan Sarawak.jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion di seluruh Malaysia di mana tumpuan diberikan untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Projek-projek di Sabah sebanyak RM326 juta dan Sarawak sebanyak RM224 juta akan memberi faedah kepada
145 ribu penduduk.

Bagi tahun 2020, Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri yang menerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion.

Pemberian khas tahunan bermula tahun 2020, Kerajaan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

Sekolah -Peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020 seperti berikut: Sekolah Kebangsaan RM300 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM50 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RM 50juta,

Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta, Maktab Rendah Sains MARA RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta, Sekolah Mubaligh RM50 juta, Sekolah Tahfiz RM50 juta, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian RM25 juta, Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM20 juta, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) RM15 juta.

TVET kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM5.7 bilion pada tahun 2019 kepada RM5.9 bilion pada tahun 2020 bagi program TVET.Geran padanan berjumlah RM20 juta untuk menyokong kursus TVET yang direka khas untuk dilaksanakan dengan kerjasama industri.

Menyediakan RM30 juta untuk melatih lebih 3,00 belia daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program #MalaysiaKerja akan mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350 ribu untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun. Program ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130 ribu orang pekerja asing. #MalaysiaKerja dijangka melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) baharu di bangunan Kerajaan dengan peruntukan RM10 juta berbanding sasaran awal 50 TASKA. Bagi tahun hadapan, Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah. Sebagai tambahan, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke TASKA dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1 ribu kepada RM2 ribu.

 

Media bertugas yang turut mengikuti pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini

Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama 2 dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.

Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.

Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama 2 dua tahun sebanyak RM500 sebulan, manakala majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan dalam bagi tempoh yang sama.

Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama 2 dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama

Pertanian – Bantuan Musim Tengkujuh kerajaan sediakan RM200 juta , RM810 juta khusus untuk kebajikan masyarakat Felda.

Kerajaan peruntukan RM300 juta hapus kira faedah pinjaman peneroka
RM100 juta bekalan air
RM70 juta perumahan generasi baru peneroka
RM90 jugta menaiktaraf jalan infrastruktur peneroka
RM738 juta untuk program penjanaan pendapatan untuk beri manfaat pekerja Risda dan Felcra

Peruntukan Kementerian Pertanian daripada RM500juta kepada RM4.9 bilion
Peruntukan Elaun sara hidup nelayan RM152juta iaitu RM250 sebulan

Galakan penanaman nenas, kelapa tembikai dan buluh. Padi pulut sebagai produk pertanian  di  Pulau Langkawi,

Kerajaan peruntukan RM30 juta penghasilan beras pulut yang akan memberi manfaat 1,200 petani

E– sukan dengan peruntukan RM20juta

E-dompet kerajaan akan tawarkan ransangan degital secara one off RM30 rakyat Malaysa pada usia 18 tahun bagi pendapatan tahunan RM100ribu yang akan dilaksankan Khazanah melalui insentif ini.

Skim jaminan pinjaman perniagaan SJPP bagi PKS Bumiputera dengan jaminan kerajaan dinaikkan dariapda 70% kepada 80% dan Yuran jaminan dikurangkan.

SJPP jaminan baru RM500juta untuk usahawan wanita.

SME Bank akan perkenal 2 dana baru subsidi kadar faedah 2% setahun. Peruntukan dana RM200 juta untuk usahawan wanita. Peruntukan RM300 juta bagi PKS berpotensi menjadi jaguh serantau dikalangan produk halal dan kandungan tempatan.

RM10juta disediakan kepada pembangunan usahawan untuk industri halal.

Geran pembanguna pasaran (MDG) dari RM200,000 kepada RM300setiap tahun. Peruntukan RM50juta untuk aktiviti promosi.

Destinasi Pelaburan: Peralihan pelaburan dalam rantai bekalan dunia diluluskan meningkat 47% kepada RM80.2bilion kepada RM49.5bilion meningkat 97% berbanding suku pertama 2018.

China adalah rakan dagangan terbesar negara oleh itu saluran khas pelaburan dari China akan ditubuhkan.

Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan yang akan dipengerusi oleh Kementerian Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarababangsa dan Indutri (MITI).

Peruntukan tambahan RM10juta kepada  MITI bagi  memastikan pelaburan direalisasikan. Perkenalkan insentif cukai bernilai tambah tinggi industri elektrikal dan elektronik ke arah industri 4.0

Pengecualian cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan khas, elaun modal dipercepatkan dan elaun modeal kelengkapan automasi sehngga 2023.

GST : Perang dagangan Amerika Syarikat dan Republick Rakyat China. Unjuran pertumbuhan ekonomi dunia 2019 menurun 3.9% kepada 3.2% pada Julai 2019. Dalam iklim sedekian ekonomi Malaysia akan terkesan.

Dasar ekonomi dan pembaharuan dilaksanakan kerajaan kekal berdaya tahan. Separuh Pertama KDNK 4.7% dengan kadar pertumbuhan suku kedua 4.9 peratus. Malaysia salah satu sebilangan negara  kecil ekonomi dunia catat pertumbuhan tinggi berbanding suku kedua.

Dengan hapus GSt digantikan  SST kadar inflasi berkurang ke tahap terendah sejak 2018. Pada 2019 kadar inflasi 0.9 peratus kerajaan tidak berhasrat laksana semula GST.

Suasana d ilobi Parlimen ketika ini sedang menunggu kehadiran Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tiba di Dewan Rakyat pada jam 3.15 petang ini.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada jam 4.00 petang ini di Dewan Rakyat.

Belanjawan kali ini bertemakan: ‘Kemakmuaran Bersama Menjana Pertumbuhan Inklusif yang berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.’

Pada Belanjawan 2019 lalu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dengan RM54.7bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan.

Antara Januari dan Julai 2019, lebihan perdagangan Malaysia meningkat 15.9 peratus kepada RM81.62 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas, tetapi jumlah dagangan turun 1.4 peratus kepada RM1.06 trilion.

Bagi Belanjawan 2020 sudah pasti fokus utama kerajaan adalah tertumpu kepada beberapa bidang utama negara iaitu:

1. Kos Sara Hidup
2. Pendidikan dan Latihan
3. Reformasi Sektor Awam
4. Teknologi dan Inovasi
5. Keusahawanan dan Perniagaan
6. Akses Kepada Pembiayaaan
7. Peluang Pendapatan dan Pekerjaan
8. Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat
9. Penjagaan Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat
10.Perumahan, Insfrastruktur dan Keselamatan
11.Keadilan Sosial dan Pembangunan Seimbang
12.Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari

Suasana di dalam dewan rakyat ketika ini Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menunggu kehadiran Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk memasuki dewan bagi membentangkan Belanjawan 2020.