Laporan Langsung: Ustaz Zawawi wakil rakyat baharu Sungai Kandis menang majoriti 5,842 undi

Laporan Langsung: Ustaz Zawawi wakil rakyat baharu Sungai Kandis menang majoriti 5,842 undi

Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad  Mughni  atau mesra dipanggil Ustaz Zawawi dikalangan pengundi telah diumumkan sebagai  wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis malam ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengawai  Pengurus Pilihan Raya Datuk Ahmad Zaharin  tepat jam 9.26 malam ini.

PRK N49 Sungai Kandis menyaksikan Mohd Zawawi menang  majoritii 5,842 undi dengan memperoleh 15,422 undi.

Calon BN Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi dan calon Bebas K Murthy 97 undi. Jumlah undi ditolak 173.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Sungai Kandis merosot daripada 85.4 peratus pada PRU-14 kepada 49.4 peratus.

“Dengan ini saya mengisytihar calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni  sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis,” ujarya.

Turut hadir  selain Mohamad, meraikan kemenangan calon PKR malam ini   Menteri Besar  yang juga Adun Sungai Tua Amiruddin Shari dan  Naib Presiden PKR  Dr Xavier Jayakumar dan penyokong-penyokong PKR.

Sejurus pengumuman dibuat sidang media dilansungkan.

Peti undi terakhir yang dibawa masuk ke dalam dewan tepat jam 8. 45 malam tadi dan jumlah peti undi yang sudah diumumkan setakat jam  9.00  malam ini sebanyak 60 peti undi yang mana 57 peti undi kini memihak kepada calon PKR, BN (2) Bebas (1) peti undi.

Setakat ini keputusan  tidak rasmi  Mohd Zawawi sudah memperoleh  15,347 undi , manakala Lokman Adam 9,583  undi dan K. Murth 64 undi.

Bemula jam 7.32 malam ini Penolong Pegawai Pengurus SPR  Azlan Dollah (gambar atas) telah mengumumkan keputusan mengikut saluran peti undi di 19 Pusat Mengundi.

Calon PKR Mohd Zawawi melambaikan tangannya kepada pihak media sejuruh masuk ke dalam dewan dan kehadirannya disambut Mohamad Sabu.

Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni kini mendahului calon BN dengan 18 peti undi diperoleh manakala Lokman Adam memperoleh 2 peti undi dan calon Bebas K Murthy 1 peti undi.

Sebanyak 110 peti undi  mengikut saluran akan diumumkan malam ini. Kemenangan mudah bagi Mohd Zawawi sekiranya memperoleh 70 peti undi untuk menang PRK Sungai Kandis.

Ketika diumumkan jumlah peti undi berlansung kelihatan Presiden AMANAH Mohamad  Sabu  dari Pakatan Harapan hadir bersama isteri Normah Alwi pada jam  8.15  malam ini, diikuti calon PKR Mohd Zawawi dan isterinya pada jam 8.30 malam ini.

Sebanyak 110 peti undi dari 19 pusat pembuangan undi di PRK Sungai Kandis tiba dengan selamat di Pusat Penjumlahan Undi di Shah Alam.

Sehingga waktu ini tidak kelihatan calon dan  pemimpin BN hadir di dewan ini.

Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis hari ini tamat selepas kesemua 19 pusat pengundian yang dibuka pada 8 pagi tadi ditutup serentak pada 5.30 petang.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam dan keputusan dijangka diumumkan selewat-lewatnya 10 malam ini.

Sehingga jam 4 petang tadi, peratusan yang keluar mengundi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRK ini adalah sebanyak 45 peratus.

SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

Sebanyak 51,217 atau 99.97 peratus pengundi biasa layak mengundi hari ini manakala 13 pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Tiada pengundi awal bagi PRK Dun Sungai Kandis.

Kekosongan kerusi Dun  Sungai Kandis itu berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK N49 Sungai Kandis mula dihadiri dikalangan media tempatan.

Kotak peti undi pertama bernombor 70 tiba pada jam 6.45 petang tadi dari pusat pembuangan undi  dari  Sekolah Menengah (persendirian) Chung Hwa,Kelang.

 

Kotak peti undi yang pertama tiba tepat jam 6.45 petang tadi di bawa oleh pegawai SPR memasuki dewan pusat penjumlahan undi rasmi.

PRK N49 Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 susulan kematian wakil rakyat dari PKR Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie disebabkan kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0