Laporan Myanmar mengenai Rohingya “karut” – pemerhati hak asasi manusia

Laporan Myanmar mengenai Rohingya “karut” – pemerhati hak asasi manusia

Laporan tentera Myanmar yang mengatakan tiada orang awam Rohingya dibunuh dalam operasi ketenteraan ke atas penduduk di situ adalah “karut” dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa sekarang mesti membuat siasatan sendiri berhubung perkara ini, kata kumpulan hak asasi manusia.

Isnin lalu tentera Myanmar mengeluarkan satu laporan yang mengatakan “tiada orang awam yang tidak bersalah terbunuh” selepas serangan pemberontak Rohingya ke atas beberapa pos polis di utara Rakhine padca 25 Ogos lalu yang mencetuskan operasi ketenteraan yang kejam, demikian laporan Aljazeera.

Pihak tentera berkata, 376 “pengganas” dibunuh dalam serangan balas pihak tentera. Operasi tentera itu menyebabkan kira-kira 600,000 penduduk Islam Rohingya meninggalkan negeri yang dikuasai puak Buddha itu sebagai pelarian ke negara Bangladesh.

Ramai mereka yang terselamat dan kini tinggal di kem-kem pelarian di Bagladesh mendakwa dalam operasi berkenaan berlaku pembunuhan beramai-ramai, anak-anak dan wanita Rohingya dirogol.

“Pihak berkuasa Burma sekali lagi tidak mempunyai kewibawaan untuk membuat siasatan sendiri. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan rakyat Islam Rohingya di Myanmar merupakan kaum minoriti yang paling ramai dibunuh,” kata Brad Adams, wakil kumpulan pemerhati hak asasi manusia dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Jurucakap PBB, Jeremy Laurence dalam satu sidang akhbar Selasa lalu berkata, sisatan yang dibuat oleh PBB di Bangladesh mendapati banyak bukti orang awam dibunuh di Myanmar.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES