Laporan Pengauditan 1MDB bukan lagi di bawah OSA, kata Madinah

Laporan Pengauditan 1MDB bukan lagi di bawah OSA, kata Madinah

Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 bukan lagi dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad dalam satu kenyataan lewat petang ini berkata, Laporan Audit tersebut telah dikelaskan semula sebagai Dokumen Terbuka dan Ringkasan Eksekutif mengenai kandungannya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara atau boleh mencapainya di laman sesawang www.audit.gov.my.

Hari ini Madinah antara pegawai atasan daripada pelbagai kementerian hadir dalam mesyuarat tertutup di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran Madinah  susulan Mahathir pada Sabtu dalam kenyataannya memaklumkan sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA dan tidak pernah dibahaskan di Parlimen

PAC dipengerusikan oleh Datuk Hassan Ariffin.

Laporan PAC yang dibentang dalam Parlimen sebelum ini menyatakan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu 1MDB.

Ia kerana, PAC mendapati Najib tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Laporan PAC setebal 106 muka surat itu sebaliknya mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan.

 

6.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 10.0