Laporan siasatan 1MDB jejas kredibiliti negara, kata Wan Azizah

Laporan siasatan 1MDB jejas kredibiliti negara, kata Wan Azizah

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Ismail menganggap pembentangan laporan siasatan 106 mukasurat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara semakin menjejaskan kredibiliti negara dan dipersoalkan akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Ismail menganggap pembentangan laporan siasatan 106 mukasurat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara semakin menjejaskan kredibiliti negara dan dipersoalkan akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun beliau amat mengalu-alukan laporan berkenaan memandangkan 1MDB dikatakan salah satu faktor utama dalam usaha pembangunan negara sejak 2009 apabila diambil alih dari kerajaan negeri Terengganu.

“Namun pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera, memandangkan imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan bertarikh 8 April.

Laporan itu menurut beliau menambahkan banyak perkara yang perlu dijawab Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun mantan ketua pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membangkitkan isu urus tadbir 1MDB ini sejak tahun 2009 lagi, namun pelbagai amaran dan gesaan beliau untuk tindakan dilakukan dari awal tidak diendahkan. Maka mengapa Dato’ Sri Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion.

“Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri,” soal beliau

Beliau turut membangkitkan, memandangkan laporan tersebut menyatakan lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat 1MB, adakah siasatan polis akan dimulakan terhadap bekas Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah malah juga ahli-ahli Lembaga Penasihat.

Turut dipersoalkan beliau ialah adakah Dato’ Sri Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB

“Rakyat Malaysia malah juga dunia menantikan jawapan dan penjelasan Perdana Menteri,” katanya

TAGS