Laporan spekulatif akhbar MCA tidak bertanggungjawab, kata Pemuda AMANAH P.Pinang

Laporan spekulatif akhbar MCA tidak bertanggungjawab, kata Pemuda AMANAH P.Pinang

Pemuda AMANAH Pulau Pinang memetik laporan muka depan akhbar milik MCA, The Star, yang telah menyatakan bahawa menurut sumber mereka terdapat rancangan pembinaan dua lapangan terbang di Seberang Perai Selatan melalui pembiayaan swasta haruslah d buktikan dengan fakta,kataKetua Pemuda AMANAH Pulau Pinang, Mohd Saifullah Abd Nasir.

Katanya lagi,  Pemuda AMANAH Pulau Pinang juga mengambil maklum kenyataan media Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang rancangan tersebut.

“Lim Guan Eng turut menyatakan bahawa Menteri Besar Kedah dan Menteri Pengangkutan juga tidak mendapat sebarang makluman berkenaan rancangan pembinaan lapangan terbang tersebut.

“Sehubungan itu, kami dengan ini mendesak The Star supaya membuktikan laporan spekulatif ini seandainya benar dan berhenti membuat laporan yang tidak bertanggungjawab seperti ini di masa hadapan.

“Kami juga kesal dengan tindakan ini yang telah memberi persepsi buruk kepada umum seolah-olah kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak serius membuat kerja dan gagal mengurus negeri dan negara dengan baik, ” ujarnya lagi.

Malah kata Saifullah, permohonan maaf harus dibuat oleh akhbar tersebut secara terbuka kepada semua pemegang taruh sekiranya laporan berita tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

Tegasnya lagi, mereka juga harus berhenti menyalahgunakan kebebasan media pasca PRU 14 bagi memberi manfaat politik kepada pembangkang.