Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Laporan Suhakam: Ahli pasukan khas siasat kehilangan paksa akan diumum

Laporan Suhakam: Ahli pasukan khas siasat kehilangan paksa akan diumum

MALAYSIADATELINE FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHJune 25, 2019 4:26 pm




Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata beliau akan melantik ahli pasukan petugas khas dalam masa terdekat untuk menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis, Amri Che Mat.

“Saya akan lantik ahlinya dalam sehari dua…dan nama mereka akan diumumkan kemudian.

“Kami akan beri skop (terma rujukan) atau tanggungjawab mereka,” katanya sambil menambah pasukan petugas khas itu mempunyai 6 bulan untuk menyediakan laporan mereka,,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Muhyiddin sebelum ini berkata, beberapa individu sudah dikenal pasti untuk mengetuai pasukan petugas khas itu yang terdiri daripada 6 atau 7 orang.

Beliau berkata, pasukan petugas khas itu akan turut dianggotai polis yang mempunyai kuasa menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis itu bukan mereka yang terbabit secara langsung dalam kes itu atau mereka yang berpotensi terbabit konflik kepentingan.

Pada 3 April lalu, selepas inkuri ke atas kehilangan Koh dan Amri, Suhakam menyatakan 2 lelaki itu ialah mangsa kehilangan paksa.

Koh dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017, sementara Amri yang merupakan pengasas persatuan kebajikan, Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016, selepas keluar dari rumahnya di Kangar.

Koh didakwa menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam, dakwaan yang dinafikan keluarganya, manakala Amri dilaporkan cenderung kepada ajaran Syiah yang dilabelkan sesat oleh pihak berkuasa agama tempatan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production