Laporan Unicef: Raja Bahrin cabar Ahmad Razif debat atau samannya jika fitnah

Laporan Unicef: Raja Bahrin cabar Ahmad Razif debat atau samannya jika fitnah

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad hari ini mencabar Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk berdebat atau mengambil tindakan mahkamah keatasnya kerana dakwaan telah memfitnah kerajaan negeri  mengenai isu kanak-kanak di negeri itu yang kekurangan zat makanan dan menghadapi masalah tumbesaran.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, cabaran debat ini ekoran kenyataan Ahmad Razif yang menafikan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) dan menolak dakwaan Raja Kamarul Bahrin Shah bahawa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah berlaku.

Sedangkan jawaban Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, berkaitan laporan Unicef mengenai masalah kanak-kanak di Malaysia adalah sangat objektif dan menjawab perkara pokok tanpa emosi atau penafian mengenai masalah sebenar yang wujud.

“Ini adalah sikap profesional menteri kesihatan yang patut dipuji. Ia jauh berbeza dengan reaksi menteri besar yang secara emosi dan tanpa merujuk laporan Unicef menuduh kami membuat tuduhan liar serta memfitnah.

“Sikap menteri besar sebegini tidak menguntungkan rakyat Terengganu yang miskin serta susah dan memerlukan pembelaaan,” ujarnya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

Ahmad Razif pada 9 Mac lalu, membidas kenyataan Raja Kamarul Bahrin Shah yang mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran akibat kekurangan zat makanan.

Ahmad Razif dipetik berkata dakwaan itu tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri.

Bagaimanapun semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam dalam kenyataannya di Dewan Rakyat dipetik berkata, kementerian itu akan mengambil kira laporan Unicef.

Beliau berkata, kementeriannya akan memanggil Unicef untuk berbincang mengenai kajian mereka.

Raja Kamarul Bahrin Shah juga berkata, dengan dua kenyataan berbeza antara menteri kesihatan dan kerajaan negeri ini menunjukkan sikap ‘sindrom penafian’ di kalangan menteri kabinet kerajaans Umno-BN.

“Jika ia menjadi amalan dikalangan menteri dipertanggungjawabkan terhadap rungutan ditimbulkan hanya mahu menafikannya tanpa melihat dan mengkaji situasi sebenar berlaku.

” Saya mengambil contoh antara Terengganu dan Pahang. Kedua negeri ini mempunyai 26 peratus tertinggi anak kecil yang terbantut.

“Sedangkan Negeri Pahang dengan bajet RM700juta dengan penduduk 1.7juta manakala Terengganu dengan bajet RM2.2bilion dengan penduduk hanya 1.1juta.

“Kemanakah perginya kekayaan duit minyak Terengganu yang begitu lumayan?” soalnya.

Ahli Parlimen dari parti AMANAH ini berkata akan menghantar surat kepada pejabat menteri besar untuk menentukan tarikh dan masa debat ini akan diaadakan.

“Saya bersedia utuk berdebat dengaan beliau tentang isu ini kerana melibatkan perkar kritikal masa depan generasi muda Terengganu.

“Kalau betul-betul percaya yang saya memfitnah kerajaan negeri dalam isu ini, sekurang-kuragnya beliau sanggup berdebat atau mendakwa saya di mahkamah supaya isu ini boleh dinilai oleh rakyat.

“Menuduh fitnah adalah cara yang senang dan malas oleh seorang pemimpin yang cuba mengelak menangani masalah sebenar rakyat,” tegasnya.

BacaKerajaan tidak prihatin, pembaziran berlaku punca kemiskinan rakyat

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS