Larangan Oktoberfest menjaga sensitiviti budaya bangsa Johor, hak bukan Islam, kata Pemuda PH Johor

Larangan Oktoberfest menjaga sensitiviti budaya bangsa Johor, hak bukan Islam, kata Pemuda PH Johor

Pengarah Penerangan dan Komunikasi Pakatan Harapan Johor, Suhaizan Kaiat berkata, keputusan kerajaan Negeri Johor menerusi kenyataan Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkaitan  ‘Oktoberfest’ berdasarkan pertimbangan menjaga sensitiviti budaya bangsa Johor dan hak masyarakat bukan orang Islam terus dipelihara selagi ianya tidak melanggar mana-mana peraturan sedia ada.

“Sebarang manipulasi dari mana-mana pihak harus dihentikan serta-merta. Ini bagi memastikan berita-berita fitnah dan adudomba antara kaum atau agama dapat dielakkan.

“Sekali lagi Pakatan Harapan Johor tekankan bahawa, kerajaan Johor sentiasa telus dalam memberi garis panduan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan sebarang program yang melibatkan penyertaan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas megenai keputusan kerajaan negeri Johor tidak akan mengeluarkan sebarang lesen berhubung penganjuran pesta arak secara terbuka di negeri itu.

Suhaizan yang juga Speker DUn Johor berkata, dalam kepelbagaian budaya, agama dan bangsa semua pihak harus menghormati peraturan dan sensitiviti rakan serta jiran tetangga.

“Isu-isu seperti penganjuran pesta arak bukan di premis persendirian harus dikendalikan dengan berhemah dan tidak wajar dimanipulasi menjadi polemik. Ia bukan medan untuk di politikan yang tidak akan menguntungkan sesiapa, namun perlu ‘ditanggani’ dengan penuh tanggungjawab demi menjaga keharmonian rakyat berbilang
kaum dan agama di negara kita.

“Pakatan Harapan Johor yakin rakyat dapat memahami dan menerima keputusan
ini demi memastikan hubungan antara kaum dapat terus berjalan harmoni dan saling
hormat-menghormati,” ujarnya.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada 14 Oktober lepas,dipetik berkata, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang lesen berhubung penganjuran pesta arak secara terbuka di negeri Johor.

Menteri Besar juga menjelaskan bahawa Oktoberfest bukan budaya masyarakat Malaysia dan ia bukan budaya baik yang boleh dicontohi semua pihak.

“Oktoberfest ini bukan budaya kita, ia budaya Jerman, jadi kita ini terikut-ikut benda yang macam ini buat apa.

“Bukan budaya orang Malaysia, bukan budaya orang yang bukan Islam di Malaysia. Jadi. perkara yang tidak baik, yang boleh datang mudarat ini, tidak perlulah kita contohi demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote