Larangan syarahan intelektual Dr. Zakir Naik boleh hancurkan masa depan negara

Larangan syarahan intelektual Dr. Zakir Naik boleh hancurkan masa depan negara

"Negara boleh hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan," kata Gerakan Anak Muda Parti Amanah Negara (Amanah) mengulas larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

“Negara boleh hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan,” kata Gerakan Anak Muda Parti Amanah Negara (Amanah) mengulas larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik hari ini.

“Pemuda Amanah menyatakan kekecewaan yang amat mendalam terhadap larangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter beliau berhubung syarahan umum tokoh intelektual antarabangsa, Dr Zakir Naik. Larangan ini mencerminkan tahap kongkongan pihak berkuasa yang amat parah terhadap ‘intellectual discourse’, yang seharusnya disuburkan, tidak dihalang apatah lagi dibatalkan sewenang-wenangnya,” kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti itu petang tadi.

Atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan intelek katanya, Pemuda Amanah berpandangan syarahan-syarahan ilmiah seperti ini tidak harus dimusuhi oleh sesiapa pun. Jika wujud pun pertembungan pemikiran, perkara ini positif kerana sikap inkuiri yang sedia tertanam dalam jiwa generasi muda mampu disuburkan dengan penggalian ilmu yang lebih luas dan pandangan ilmiah yang lebih rencam, asalkan kesemuanya itu berteraskan ilmu dan hujah.

Beliau menyatakan pertentangan pendapat tidak sewajarnya berakhir dengan pihak berkuasa atau kerajaan memenangkan satu pandangan sahaja. Mungkin boleh diusulkan pandangan untuk dipentaskan forum yang menampilkan Dr Zakir Naik dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Hal ini lebih bertamadun daripada membantah atas alasan-alasan klise seperti ‘ketenteraman awam dan sensitiviti agama’ yang sebenarnya tidak menganjak apa-apa pun kemajuan pemikiran rakyat bahkan lebih menarik rakyat ke zon pembodohan.

“Pemuda Amanah teguh mempertahankan kebebasan intelek sebagai elemen teras pembinaan masa depan negara.

“Pemuda Amanah juga menyeru agar seluruh parti-parti politik, NGO-NGO, badan-badan kerajaan dan tokoh-tokoh agamawan untuk teguh mempertahankan prinsip yang sama. Negara tidak akan mundur dengan rakyat yang dibijakkan.

“Negara hanya akan hancur dengan pemimpin bodoh yang turut mahu rakyat diperbodohkan.” tegas beliau.

TAGS