Larangan wanita bertudung: Bersatu desak Nazri  tegas tanpa kompromi kepada majikan

Larangan wanita bertudung: Bersatu desak Nazri tegas tanpa kompromi kepada majikan

Hassan Ismail

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap pengusaha hotel yang melarang bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel di negara ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Hassan Ismail berkata, Malaysia dikenali di dunia sebagai sebuah negara Islam sewajarnya meletakkan peraturan ketat kepada Persatuan Hotel-Hotel Malaysia agar tidak mempertahankan dasar yang ditetapkan
oleh pengusaha rangkaian hotel antarabangsa di negara ini.

“Dalam al-quran mengatakan wanita Islam wajib menutup aurat maknanya kena patuh dan praktis dalam kehidupan mereka.

“Dalam sebuah perniagaan tidak akan timbul cacat cela sekiranya wanita bertudung melaksanakan tugas dan tanggungjawab seorang pekerja  kepada majikannya.

“Kami dalam Bersatu tetap pegang kepada perlembagaan negara yang mana Islam sebagai agama rasmi negara yang memberi maksud hak asasi bagi wanita bertudung menepati prinsip Islam itu seharusnya ditegakkan dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia tanpa ada kompromi dengan mana-mana pihak,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline pada  Simposium Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali anjuran Srikandi Bersatu  yang diadakan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Hassan yang juga Pengerusi Biro Agama Bersatu berkata, pengalamannya pernah menguruskan tiga buah hotel iaitu Hotel Seri Permaisuri di MITC dan Jalan Hang Jebat di Melaka serta sebuah Rumah Peranginan Persekutuan di Port Dickson yang kini diambil alih oleh PKNS  mengambil  pekerja wanita bertudung di bahagian kaunter hotel bukan satu masalah kepada majikan dan pelancong asing.

“Boleh dikatakan lebih 90% pekerja wanita di hotel  itu bertudung termasuk yang bekerja di kaunter hadapan.

“Malaysia yang dikatakan negara Islam contoh dari segi kestabilan politik dan masyarakatnya sewajarnya memberikan contoh kepada
pelancong luar negara bahawa agama Islam seorang pekerja bukanlah ukuran kepada kemelesetan sebuah perniagaan yang diusahakan.

“Saya rasa perkara yag baik perlu dijadikan contoh, apa yang nak ditakut oleh pihak-pihak yang merasakan pekerja wantia bertudung
berkemungkinan menjejaskan kemasukan pelancong atau merugikan pengusaha hotel,” ujarnya.

Ditanya tekanan yang mungkin dihadapi oleh sebahagian pekerja wanita bertudung yang  terpaksa akur dengan kehendak majikan mereka, Hassan berkata sebagai seorang muslim mereka harus membuat pilihan.

” Selain kehendak agama, larangan pemakaian tudung itu juga berkaitan dengan hak asasi wanita yang tidak wajar disekat mana-mana majikan bukan sahaja membabitkan industri perhotelan sahaja.

“Sebaiknya bagi wanita Islam buatlah pilihan jika memikirkan tekanan yang terpaksa dihadapi mereka,” ujarnya.

Rina Mohd Harun

Bagi Ketua Srikandi Rina Mohd Harun berpandangan wanita yang bekerja di bahagian kaunter hadapan hotel amat penting pekerja dan majikan  bersikap  profesional.

“Apa yang penting sikap profesional sebagai pekerja tidak kira walau dimana sahaja (bidang pekerjaan), apa jawatan, wanita uruspekerjaan secara profesional patut lebih diutamakan oleh majikan

“Tanpa memerlukan dia bertudung atau tidak dan sikap sebagai orang yang berdepan bertemu pelanggan patut dititik beratkan,” ujarnya yang berkata demikian dalam sidang media diadakan pada simposiu diadakan.

Simposium sehari diadakan itu telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pada Khamis Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegur Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) tidak seharusnya mempertahankan dasar ditetapkan pengusaha rangkaian hotel antarabangsa.

Sebaliknya Nazri memberitahu bahawa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dipatuhi dan dihormati bukan
sahaja rakyat Malaysia tetapi juga orang luar.

Kenyataan Nazri itu dibuat ekoran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja
wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Ini susulan larangan bertudung oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel
mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS