Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Larry Sng, Abang Zul pemimpin PKR Sarawak yang baru
Larry gantikan Baru Bian yang dipecat.

Larry Sng, Abang Zul pemimpin PKR Sarawak yang baru

Oleh MAHDAR BUANGMarch 13, 2020 3:31 pm




Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN, Parti Keadilan Rakyat (PKR)Sarawak yang baharu.

Pelantikan Larry yang juga Ketua PKR Cabang Julau itu telah diumumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan malam tadi.

Selain Larry, Ketua Cabang PKR Batang Lupar Abang Zulkifli Abang Engkeh turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Manakala, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, Ketua Cabang PKR Baram Roland Engan dan Timbalan Ketua Cabang Lawas Japar Suyut, masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi negeri.

“Keputusan ini telah dipersetujui setelah selesai perbincangan bersama (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Cabang Sarawak. Struktur MPN Keadilan Sarawak yang lengkap akan diumumkan oleh kepimpinan MPN Keadilan Sarawak yang baru,” jelasnya.

Sebelum ini, Baru Bian, ahli Parlimen Selangau adalah Pengerusi PKR Sarawak. Beliau telah dipecat dari PKR ekoran perpecahan dalam parti itu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production