Rakyat rata-ratanya berpendapat pengumuman kerajaan mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai ‘last call’ untuk pengundi sempena PRU15 ini.
Orang ramai dilihat memahami ‘modus operandi’ BN dalam meraih sebanyak mungkin undi pada 19 November ini dengan menegaskan bahawa mereka tetap memberi mandat kuasa kepada Pakatan Harapan (PH).
“Duit boleh ambil tapi jangan terpedaya. Kita tetap undi PH.
“Alhamdulillah, Pak Mail bagi, kita ambil tapi undi tetap untuk PH.
“Sebelum ni terima memang rasa tu satu bantuan tapi kali ini, lain… mainan jiwa,” antara komentar warganet yang turut mendapat banyak tanda ‘suka’ orang ramai.
Dalam masa sama, ada yang secara sinis mengharapkan kekalahan besar BN pada PRU15 disebalik ‘rezeki’ diperoleh 5.2 juta penerima BKM pelbagai kategori.
“Terima kasih sebab prihatin dengan kami. Moga BN kalah besar nanti,” tegas pengguna Facebook, Bushra Hassan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, keputusan kerajaan mempercepatkan BKM bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Pembayaran secara berperingkat membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion itu, jelasnya, dijangka selesai 18 November ini.
Untuk rekod, lebih 21 juta pemilih layak membuang undi pada 19 November ini di 9,536 pusat mengundi dengan 39,318 tempat mengundi atau saluran.
Baca juga ‘Tolonglah letak jawatan! Bulan ni saja dah 6 kali gangguan LRT’