Malaysia Dateline

Latheefa Koya hantar surat letak keahlian tetapi Setiausaha PKR tidak tahu?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru saja dilantik, Latheefa Beebi Koya mengumumkan beliau sudah menghantar surat perletakan keahlian PKR semalam.

Menurut Latheefa, surat itu dihantar apabila diberitahu akan dilantik untuk mengetuai badan anti-rasuah itu.

“Saya menghantar perletakan keahlian sebagai ahli biasa PKR semalam berkuatkuasa serta-merta, apabila diberitahu akan dilantik sebagai ketua SPRM,” katanya di Twitter hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perletakan keahlian Latheefa itu.