Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Latihan pusat: Lapan muka baharu antara 20 pemain dipilih

Latihan pusat: Lapan muka baharu antara 20 pemain dipilih

BernamaJuly 4, 2019 8:42 am




Ketua jurulatih futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain termasuk lapan muka baharu, ke sesi latihan pusat skuad futsal kebangsaan selama lima hari bermula Ahad, di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Petaling Jaya.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi latihan berkenaan adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam, dari 21-27 Okt ini.

Lapan muka baharu yang dipanggil ke sesi latihan berkenaan adalah Shamsul Akmar Zamri dan Fariq Mohammad (Selangor); Aidil Shahril Rosli (Perak); Muhammad Saad Sani, Muhammad Ekmal Shahrin dan Syahman Idris (Melaka); Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur); dan pemain Pulau Pinang, Iqhmal Najmie Ismail.

FAM memaklumkan Chiew mengekalkan 12 daripada 14 pemain dari skuad yang membantu Malaysia muncul naib juara, pada Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, Indonesia, November lalu, kecuali dua pemain iaitu kapten Perak, Shamar Fadzil, dan bekas pemain Kuantan Rangers musim lalu, Yazid Kamaruzuan yang kini bermain bola sepak bersama pasukan Liga M3, DDM FC.

Empat pemain lain iaitu tiga pemain Perak, Asraf Roslan, Farikh Khabibor Rahman dan Syawal Sabaruddin, serta pemain Melaka, Tarmizi Ab Ghafar diletakkan dalam senarai menunggu, untuk menggantikan mana-mana 20 pemain, yang disahkan doktor pasukan mengalami kecederaan.

FAM menyatakan 11 pemain akan melapor diri kepada Chun Yong, Ahad ini, manakala baki sembilan lagi pemain dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang akan melapor diri selepas berakhirnya aksi Liga Perdana Futsal Malaysia (Malaysia Premier Futsal League (MPFL), membabitkan pasukan masing-masing pada Ahad ini.

“Pemilihan pemain bagi kem latihan pusat pertama ini, dibuat berdasarkan pemerhatian Chun Yong dan barisan kejurulatihannya pada tiga Hari Perlawanan saingan MPFL 2019 yang telah bermula pada 22 Jun lalu,” jelas FAM.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Australia, Indonesia dan Myanmar, manakala tuan rumah, Vietnam, juara bertahan, Thailand, Kemboja dan Timor-Leste, akan membuat perhitungan dalam Kumpulan A pada Kejuaraan Futsal AFF 2019 nanti.

Empat pasukan terbaik daripada kejohanan ini, layak beraksi ke Kejuaraan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Turkmenistan dari 27 Feb hingga 8 Mac 2020.

Senarai 20 pelatih:

Abu Haniffa Hassan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Saiful Nizam Mohd Ali, Mohd Azwann Ismail, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir, Muhammad Iqbal Aikal Mohd Noor, Muhammad Syafiq Hamzah (Pahang); Mohd Ridzwan Bakri, Mohd Awalludin Mat Nawi dan Muhammad Aidil Shahril Rosli (Perak).

Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Azri Rahman, Muhammad Shamsul Akmar Zamri, Azrul Hadee Mohd Taufiq dan Muhammad Fariq Mohammad (Selangor); Muhammad Saad Sani, Muhammad Ekmal Shahrin dan Syahman Idris (Melaka); Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur); Iqhmal Najmie Ismail (Pulau Pinang).- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production