Lauk kenduri kegemaran ramai! Ini resipi daging masak hitam yang anda boleh cuba

Oleh MAISARAH AISYA

Selalunya kalau pergi kenduri mesti ada lauk daging masak hitam ni, dimakan pula dengan nasi minyak, wah! Bertambah makannya nanti.

Tapi tak perlulah nak tunggu ada kenduri baru nak makan, masak sahaja di rumah. Jangan beli daging banyak sangat, cukuplah untuk satu keluarga makan.

Resipi ini adalah milik Caesarena Anak Peter yang dikongsikan semula di Facebook Aneka Resipi.

Resipi daging masak hitam

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • Kicap cap unta / kicap tongnam
  • 2 sudu gula atau gula apong
  • Setengah sudu serbuk jintan putih
  • Setengah sudu serbuk jintan manis
  • 1 cawan kismis
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk secukup rasa
  • Rempah tumis 4 sekawan

Bahan blend:

  • 20 tangkai cili kering
  • Bawang putih blend 1 sudu
  • Bawang merah blend 2 sudu
  • 1 batang serai
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 1 inci

Cara-cara:

  1. Perap daging yang telah dipotong dengan 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4 jam.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
  3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan-bahan kisar dan tumis hingga kekuningan.
  4. Masukkan daging yang telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yang telah kekuningan.
  5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis.
  6. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
  7. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering.
  8. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing-masing.
  9. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Senang rupanya nak buat! Ini resipi kuetiau theng, sekali makan mesti bertambah!