Laungan Azan di Hawaii tarik perhatian, “ni kalau dekat Malaysia orang dah pandang pelik..”

Oleh KIM SYAZIE

Setiap negara pasti laungan azan lebih menyerupai azan di Makkah namun di Hawaii ia adalah lebih unik dan boleh dibezakan berbanding negara lain.

Bagi yang pernah melihat cerita Moana, pastinya dapat mendengar suara dan gaya nyanyian mereka, begitulah laungan azan di Hawaii.

@encik.mastermind

Azan versi Hawai. Semoga Allah terima azan yang sangat cantik ini

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Warganet teruja melihat keunikkan azan yang dikatakan berunsur entnik tersebut, merdu didengar.

“MashaAllah uniknya. Aku pernah terfikir ada ke azan di negara lain yang berbeza dari negara Arab, rupanya ada,” ujar Sharmine Bakri.

“Terasa macam duduk di negara Moana, syahdu,” komen @Hrzalman.

“Ini pertama kali aku mendengar azan beralun etnik, MashaAllah unik,” tambah pengguna TikTok.

Baca juga: Pelanggan terkejut beli air RM5 tapi dicaj lagi RM3 sebab minta ais kurang