Laungan ‘Hidup Melayu’ boleh cetuskan api perkauman serius

Laungan ‘Hidup Melayu’ boleh cetuskan api perkauman serius

Tindak-tanduk sekumpulan penunjuk perasaan di ibu pejabat DAP semalam boleh mencetuskan isu perkauman yang serius, selar aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tindak-tanduk sekumpulan penunjuk perasaan di ibu pejabat DAP semalam boleh mencetuskan isu perkauman yang serius, selar aktivis pelajar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jurucakap Gerakan Challengers itu tidak menyangkal kenyataan yang cuba dikaitkan dengan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming memang menyentuh sensitiviti orang Melayu namun ujarnya, tindakan penunjuk perasaan memainkan sentimen Melayu tidak mengarah kepada kebaikan.

Syed Saddiq menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di ibupejabat polis Jalan Pudu malam tadi.“Laungan ‘Bangkit Melayu’ dilaungkan apabila sensitiviti Melayu terusik.

“Saya tidak menyangkal bahawa kenyataan (yang didakwa dibuat) Nga Kor Ming itu memang sensitif kepada budaya dan adat orang Melayu.

“Namun adakah laungan kita itu mampu menghentikan sifat perkauman atau adakah laungan itu juga sesuatu yang bersifat perkauman yang serius?” soalnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru Syed Sadiq malam tadi telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jalan Pudu untuk menyatakan kegusarannya terhadap insiden itu yang mungkin boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum di negara ini.

Kata Syed Saddiq lagi, tindakan  Pemuda Umno yang melaungkan ‘Cina Mati’  sama sahaja dengan apa yang didakwa dilakukan Kor Ming.

“Perlukah laungan seperti ‘Cina Mati/Cina Babi’ dilakukan dengan melontar duit neraka?

“Jangan suruh orang lain beradab sekiranya kita sendiri tidak beradab,” tegasnya.

Tambah Syed Saddiq lagi  perbuayan itu menunjukkan orang Melayu hipokrit kerana laungan itu dilontarkan kepada kaum lain.

“Bukankah ianya hipokrit bila laungan itu tidak kedengaran apabila Melayu sendiri mengheret bangsanya kepada kemusnahan.

“Di manakah laungan ‘Hidup Melayu’ ini apabila Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Razak mengheret bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat negara ini dalam kancah 1MDB yang merosakkan imej negara?” soalnya lagi yang tidak dapat bertolak ansur berkaitan isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Semalam lebih 200 penunjuk perasaan berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP untuk menyatakan protes mereka terhadap kartun yang didakwa disiarkan Nga Kor Ming di laman Facebooknya yang dianggap menghina pemberian duit raya semasa sambutan Aidilfitri.

Nga yang juga Pengerusi DAP Perak bagaimanapun menafikan memuat naik kartun tersebut dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘tentera siber’ pihak tertentu yang berkepentingan.

Beliau juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis jika siasatan dilakukan.

TAGS