Laungan ‘hidup Melayu’ sementara Melayu juga khianati Melayu

Raja Kamarul Bahrin Satu demi satu institusi yang menjadi harapan besar orang Islam dan Melayu jelas menjadi mangsa di salah guna serta di seleweng oleh mereka yang dilantik dan juga terdiri daripada ahli Umno

Dahulu MARA, selepas itu FELDA dan kini Tabung Haji pula. Kalau ada 300 syarikat milik orang Islam dan Melayu seperti ini, kesemua tiga ratus akan juga lingkup.

Pengurus serta pengarah orang Islam dan Melayu mengkhianati pemegang saham miskin Islam dan Melayu sendiri. Siapa lagi kalau tidak “orang kita” dari kumpulan perompak sama yang menyamun 1MDB!

Sama seperti dalam kes hutang Negara yang melebihi satu Trillion yang di dedah kerajaan tapi di tuduh Umno ini akan “menakutkan pelabur asing” ! Adakah kita mesti tunggu hutang negara cukup 7 Trillion baru hendak dedah ?

Dalam kes Tabung Haji pula, Dato Asraf Wajidi-, Ketua Pemuda Umno, menyatakan pendedahan Dato Mujahid tentang wang serta asset Tabung Haji kurang RM4 billion dari jumlah hutang serta liabilitinya akan menakutkan pendeposit sehingga akan mencetus krisis untuk Tabung Haji.

Kalau tidak di dedahkan sekarang Umno dan Pas mungkin kemudian hari menuduh Kerajaan PH pula yang bersalah.

Dalam kes 1MDB pula Presiden Pas berkata biarlah Datuk Sei Mohd Najib Razak menghabiskan penggal penuhnya sebagai Perdana Mentri semoga dia memperbetulkan kesilapannya.

Sejarah menunjukkan isu 1MDB menjadi lebih parah dan hutang berlipat kali ganda apabila Najib habis penggalnya.

Loading...

Pembela agama dan bangsa dari Pas dan Umno sama sahaja pendekatan mereka tentang isu salah guna kuasa kewangan seperti Kes Tabung Haji dan 1MDB. Mereka tidak memandang berat isu kewangan tersebut apabila pesalah adalah “rakan” pejuang Islam dan sesama Melayu mereka.

Tabung Haji melibatkan peniaga kecil serta petani dan nelayan miskin Islam dan Melayu.

Salah guna kuasa yang akan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit akan menyebabkan mereka menjadi lebih miskin dan merana.

Kerugian besar kewangan MARA, FELDA; 1MDB dan sekarang Tabung Haji tidak pula membawa Pas dan Umno berhimpun dan berarak. Ini adalah masalah kerugian “real” yang telah berlaku dan di akui umum sudah parah. Mana pembela Islam dan Melayu ?

Kenapa tiada apa himpunan protes atau bantahan ?

ICERD tidak dilaksanakan pun lagi dan Kerajaan telah pun menyatakan ICERD tidak akan di luluskan, tetapi perhimpunan besar telah di adakan.

Isu RUU 355 telah dibentang dan di tangguh 3 kali di Parlimen melalui Pas dan Umno.Himpunan besar besaran telah di adakan di Padang Merbok kerana kononnya Pakatan Harapan penghalang RUU 355.

Hari ini selepas PRU14 telah hilang senyap isu RUU 355.

Adakah ICERD akan mengalami nasib yang sama? Adakah penyokong Pas dan Umno begitu taksub dan buta pada lakonan pemimpin mereka?

Kerugian MARA, FELDA dan Tabung Haji adalah kerugian dan tragedi keatas orang Islam dan Melayu miskin kita akibat kerakusan dan salah guna kuasa oleh Orang Islam dan Melayu kita juga.

Ia bukan kerana salah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau orang China atau India. Ini adalah tragedi orang Melayu-Islam mengkhianati sesama Melayu-Islam dan Melayu-Islam dari Umno dan Pas berdiam diri tidak berminat membela saudara sama Agama dan Bangsa.

Hidup Melayu kata mereka.