Malaysia Dateline

Laungan ‘lawan, lawan tolak Muhyiddin’ bergema di ibu kota

Sekumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat hari ini mengadakan himpunan secara aman di ibu kota bagi menuntut pengunduran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dari kerajaan.

Mereka yang mengenakan pakaian warna hitam itu, pada awalnya tidak dibenarkan memasuki kawasan Dataran Merdeka di mana pihak berkuasa telah menghalang laluan ke situ.

Anak muda ini berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek sejak 10.30 pagi hari ini ketika protest jalanan #Lawan.

Pada jam 11.35 pagi, mereka berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan, “lawan, lawan kerajaan zalim” dan “lawan, lawan tolak Muhyiddin.”

“Rakyat Tenat Menteri Khianat,” dan “Kerajan gagal”, ‘Kerajaan Pembunuh’ antara plakad yang dibawa mereka.

Pada awalnya penunjuk perasaan merancang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 11 pagi ini.

Penganjur telah menasihatkan para peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard terhadap Covid-19 termasuk untuk mengambil suhu badan mereka dan memakai pelitup muka.

Untuk makluman pelayar boleh mengikuti secara langsung himpunan ini di Facebook Malaysia Dateline https://www.facebook.com/malaysiadateline/videos/531564101385871