Laungan pelbagai slogan bersahutan di pusat penamaan calon Gombak

Di pusat penamaan calon Gombak bertempat di SMK Sungai Pusu, penyokong-penyokong parti yang bertanding berkumpul di dewan penamaan calon bagi menyatakan sokongan kepada calon yang bertanding.

Para penyokong Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Pas hanya dipisahkan dengan tape keselamatan.

Penyokong-penyokong parti bertanding melaungkan pelbagai slogan.

Kawasan pilihan raya Gombak bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila seorang calon bebas akan mengemukakan pencalonan bagi N16 Sungai Tua.

Laungan pelbagai slogan bersemangat saling bersahutan antara penyokong BN dan PH. Bagaimanapun para penyokong Pas kelihatan tidak bermaya dengan sebahagian penyokong meninggalkan tempat berkumpul lebih awal. Bagaimanapun keadaan menjadi meriah apabila calon-calon Pas keluar dewan bagi bertemu para penyokong mereka.

Proses penamaan calon di pusat berkenaan berjalan lancar. Sekitar jam 10.30 pagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amirul Azizan Abdul Rahim mengumumkan nama-nama calon bagi kawasan pilihan raya Gombak:

P1098 Gombak

BN – Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin
PKR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Pas – Ir Khairul Nizam Khairudin

N17 Gombak Setia

BN – Datuk Megat Zulkarnain Omar Din
PH – Mohd Hilman Idham
Pas – Hasbullah Mohd Ridzuan

Calon-calon yang diumumkan akan bertanding.

N18 Hulu Klang

BN – Ismail Ahmad
PKR – Saari Sungip
Pas – Kamalul Hisham Mohd Suhut

N16 Sungai Tua

BN – Datuk M Ravisandran
PKR – Amiruddin Saari
Pas – Mohamad Ibrahim @ Ustaz Mat Cina
Bebas – Badrul Hisham Mat Zin

Proses penamaan calon selesai kira-kira jam 11 pagi dan orang ramai mula bersurai.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES