Malaysia Dateline

Laungan Tangkap Azam Baki, Rombak SPRM bergema di Bangsar

Para peserta himpunan aman Tangkap Azam Baki sudah membanjiri stesen LRT Bangsar tepat jam 11.00 pagi ini.

Para peserta yang kebanyakkan terdiri daripada orang muda memakai baju bewarna hitam disamping memegang sepanduk gambar karikatur Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) Tan Sri Azam Baki.

Kira-kira 400 peserta sudah  berkumpul di bawah LRT Bangsar di tepi Menara UOA.

Ada juga membawa sepanduk yang tertera ‘rasuah racun negara’ selain laungan hidup anak muda dan tangkap Azam Baki bergema di sana.

Perniagaan dalam radius 1 km dari Dataran Merdeka ditutup. Menurut Astro Awani, mereka diarahkan tutup atas perintah mahkamah.

Semalam, polis memperoleh perintah mahkamah tujuh hari yang melarang bantahan di Dataran Merdeka, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur.

Ini antara azam para peserta himpunan untuk tahun 2022
Peserta berpakaian PPE ini mebawa poster ‘rasuah meracun negara’