Law Choo Kiang dikekalkan  sebagai speaker Dun Pulau Pinang

Law Choo Kiang dikekalkan sebagai speaker Dun Pulau Pinang

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang penggal yang lalu, Datuk Law Choo Kiang dinamakan sebagai calon Speaker yang baharu oleh Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas memberi taklimat kepada barisan exco kerajaan negeri itu semalam.

Jelas beliau lagi, pencalonan Law sebagai Speaker Dun telah pun dibuat pada tahun lalu bagi meneruskan portfolio tersebut.

Malah katanya pencalonan tersebut dibuat sejak Jun yang lalu, namun begitu sekiranya terdapat pencalonan yang lain ingin dicalonkan, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkannya.

Pada penggal yang lalu Law adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun dalam kawasan Parlimen Batu Kawan.

Namun begitu dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei yang lalu, beliau tidak bertanding setelah kerusi tersebut diberikan kepada muka baru.

Menurut Kon Yeow lagi, kerajaan negeri kini mempunyai tanggungjawab untuk merealisasikan semua 68 janji yang telah dibuat dalam manifesto PRU ke 14 yang lalu.

“Semua janji tersebut perlu ditunaikan bagi membawa perubahan kepada rakyat negeri ini.

“Prestasi yang telah dicapai sejak menerajui kepimpinan negeri 10 tahun yang lalu menyediakan lanskap yang kukuh bagi terus mara ke hadapan.

“Bersama dengan barisan exco yang baru dilantik, usaha akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan Pulau Pinang terus cemerlang dan tidak menghampakan sokongan rakyat yang semakin meningkat, ” ujarnya.

Dalam PRU baru-baru ini sokongan rakyat kepada PH meningkat sehingga 67.2 peratus.

Ekoran dokongan tersebut PH telah berjaya menang dengan berjaya dengan memenangi 37 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala BN hanya berjaya menang 2 kerusi dan Pas pula hanya satu kerusi daripada 20 kerusi yang mereka tandingi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS