Lay Kaunselor: Warkah terbuka untuk Wan Azizah

Lay Kaunselor: Warkah terbuka untuk  Wan Azizah

Kehadapan YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang dihormati,

Saya mengambil peranan untuk mewakili sekalian pelajar jurusan Bimbingan dan Kaunseling menyampaikan warkah terbuka ini yang ditulis seikhlas hati buat perhatian YAB Datuk Seri Dr, Yang dikasihi.

YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah,

Saya mengambil maklum mengenai usaha kementerian dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Dr dalam usaha membantu kesihatan mental masyarakat dengan memperkenalkan Lay Kaunselor dan mahu menambah bilangan Lay Kaunselor ini pada tahun ini.

Lay Kaunselor bukanlah tidak bagus, cuma mengapa ini yang menjadi
tumpuan kementerian sedangkan ada ramai kaunselor diluar yang masih belum beroleh penempatan kerja walaupun saban tahun kerajaan menyasarkan jumlah kaunselor yang perlu dipenuhi? Berapa ramai juga kaunselor yang kini bekerja bukan selayaknya sedang mereka ini memiliki kepakaran yang harus dimanfaatkan?

Tujuan saya menulis warkah ini hanya untuk meraih sedikit perhatian dan kasih sayang YAB Dr kepada saya dan sekalian bakal kaunselor yang bakal menamatkan pengajian didalam jurusan ini. Kami melihat Lay Kaunselor tidak seperti apa yang dihasratkan sekiranya kehadiran kami tidak diberi keutamaan dan perhatian sewajarnya.

Hal ini kerana program yang berjalan selama 3 hari bagi melayakkan seseorang individu bergelar Lay Kaunselor mengguris perasaan kami yang perlu menghabiskan masa setidak-tidaknya selama lebih 3 tahun bagi mendalami teori, pendekatan dan amalan didalam kaunseling. Belum dicampur tempoh masa seorang kaunselor yang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dan iajazah doktor falsafah semata-mata bagi melayakkan diri menguasai kemahiran tertentu sebelum diaplikasikan kepada klien-klien yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

Tambahan pula tiada apa yang menjadi pengikat kepada individu yang bergelar Lay Kaunselor berbanding kami ini bakal kaunselor berdaftar kelak dan kaunselor berdaftar yang wajib terikat dengan Akta Kaunselor Malaysia 1998.

Akta ini secara jelas menyebut bahawa sesiap sahaja mahu menggunakan gelar Kaunselor untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling hendaklah menepati syarat yang ditetapkan dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Ini boleh dirujuk kepada petikan Akta Kaunselor 1998 dibawah:

Kaunselor hendaklah didaftarkan 22. (1) Tiada seorang pun boleh— (a) mengamalkan atau menjalankan ataumengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerjasebagai kaunselor;
(b) menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apaapa gelaran dalamapa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
(c) menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau rekabentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini.

22(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Hal ini jauh sekali tidak adil apabila Lay Kaunselor pula tidak ada sebarang akta yang mengikat etika mereka untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling walaupunperkhidmatan itu dianggap sekadar sesi yang ringan apa lagi membawa sebahagian nama gelaran kaunselor?

Saya juga merujuk kepada petikan daripada akta ini:Perakuan amalan dikehendaki 23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Apa lagi sesi kaunseling perlu dijalankan dengan penuh menjunjung penuh isu dan etika. Maka setiap individu yang menjalani sesi atau menjalankan sesi perlu dijamin hak dan rahsia yang dikongsi tidak sama sekali didedahkan atau dikongsikan sebarangan. Bagaimana Lay
Kaunselor hendak diikat mengenai perkara ini? Bagaimana Lay Kaunselor hendak dikenakan tindakan sekiranya mereka melanggar
etika ini? Bagaimana rujukan terhadap Lay Kaunselor hendak diketauhi apabila berlaku sebarang perlanggaran isu etika? Kepada siapa klien hendak membuat aduan dan apa jaminan kepada klien tentang hasil dan matlamat sesi itu kelak?

Yang dihormati YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah,

Saya tidak berhasrat menentang program Lay Kaunselor. Sememangnya ia sebuah program yang baik namun boleh kiranya jika nama gelaran itu ditukar kepada istilah yang tidak melambangkan sebarang identiti seorang kaunselor.  Mungkin sebagai cadangan ditukar nama kepada Rakan Pembimbing yang tugasnya boleh membantu perkhidmatan kaunseling itu sendiri tetapi bukan mengendalikan perkhidmatan kaunseling.

Saya dan sekelian rakan proffesional bidang ini berbesar hati apabila kemahiran asas kaunseling atau pendekatan atas kaunseling diajarkankepada masyarakat terutamanya kepada peserta Lay Kaunselor, namun barang harus diingat membawa nama sebagai Kaunselor bukanlah mudah dan ia secara tidak memberi cerminan penuh kepada perkhidmatan kaunseling keseluruhannya.

Yang dihargai YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah,

Tambah baik perkhidmatan kaunseling sedia ada amat wajar menjadi keutamaan pihak kerajaan. Selaku anak muda yang mendukung aspirasi kerajaan untuk melihat kesihatan mental rakyat menjadi sihat, maka kualiti perkhidmatan berkaitan seperti
sokongan mental atau perkhidmatan kaunseling ini hendaklah menjadi keutamaan kerajaan untuk ditambahbaik dan diberi perhatian sewajarnya.

Isu berbangkitdikalangan para kaunselor perlu segera diatasi. Barangkali pegawai YAB Datuk SeriDr boleh dihantar untuk bertanya kepada Lembaga Kaunselor Malaysia dan para kaunselor sedia ada tentang pelbagai isu yang melanda proffesion ini hari ini.

Isukerisauan penempatan kerja oleh bakal kaunselor juga perlu dipandang serius. Sehingga semua ini diatasi saya bersetuju bahawa perkhidmatan kaunseling akanlebih baik dimasa hadapan dan Rakan Pembimbing atau Lay Kaunselor boleh menjadipembantu rapat kepada kaunselor untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling yang sempurna. Perhatian Datuk Seri Dr Wan Azizah yang dihormati amat kami semua raih.

Sayaberharap pihak kerajaan yang menyedari kewujudan Kaunselor akan memberikanperhatian sewajarnya terhadap nasib kaunselor sedia ada dan bakal kaunselor supaya lebih terjamin serta akhirnya membantu proffesion ini berkembang dengan baik dan menjadi pilihan kerjaya supaya lebih ramai kaunselor yang profesional boleh dilahirkan dimasa hadapan. Malaysia baru adalah semangat kita semua, pembinaan semula negara ini turut dipikul oleh kami sekelian warga yang setia.

 

Muhammad Azwan Negeri Sembilan. – Warkah ini hanya pandangan peribadi saya sebagai pelajar didalam jurusan ini dan mewakili kerisauan bakal-bakal kaunselor serta rakan-rakan profesional kaunselor tentang isu Lay Kaunselor yang sedang diusahakan oleh KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.