Malaysia Dateline

Layak ke untuk dijawab YB ni?

1.Takpe lah sambil-sambil bersantai, saya jawab juga lah secara santai lah ya. Ia ibarat my supper lah!

a. Baguslah anda semua sokong bajet PH sebab anda pun tahu dan sedar tak ada masalah pun dengan bajet PH tu, walaupun Kerajaan PH yang ada mandat rakyat itu tak isytihar “bajet gergasi”.

Masa tu, walau belum ada wabak Covid-19, misalnya peruntukan untuk kesihatan dinaikkan sebanyak 6.6%. Di zaman PN, ada Covid-19, bentang pula “bajet gergasi”, telah dinasihati supaya bajet kena tumpukan isu untuk memarangi Covid..tup tup kenaikan bajet kesihatan hanya naik 4.3% sahaja!

b. Masa PH, ketika tu belum ada Covid, ekonomi negara diranapkan teruk oleh wabak 1MDB, PH tak fikir pun untuk adakan “allocation” bagi badan propaganda seperti Jasa. Malahan dibubarkan pula Jasa kerana dipercayai ia adalah punca pembaziran wang rakyat!

Di zaman PN, ada Covid, ekonomi sangat teruk kerana kesan dari Covid, rakyat sedang sangat susah, tup tup hangpa semua nak bagi hidupkan semula Jasa dan nak diberi pula kat Jasa wang rakyat RM85.5 juta. Hish, orang gila pun pening tau!

c. Di zaman PH, dituduh Kerajaan Anti Melayu/Islam, Menteri Kewangan bukan Melayu/Islam dari DAP, tup tup “allocation” untuk sekolah agama dan tahfiz makin naik hingga cecah RM100 juta.

Zaman PN, bermegah kononnya ia gomen Melayu Islam, Menteri Kewangan Melayu/Islam, mantan Mufti jadi Menteri Agama, “allocation” untuk tahfiz berapa ya? 100 juta ke?

Tiga ( a, b dan c) di atas sekadar contoh je ya, banyak lagi jika nak tulis..jika tulis panjang tak jadi santai lah.

Lagi satu,YB kata masa PH, YB semua sokong bajet PH. Terima kasih lah. Patutnya tunggulah PRU 15 jika nak rampas balik kerajaan dengan dapat mandat rakyat yang baru. Itu baru ada kelas!

Ini tidak. Berbangga dan berdegar kata “kami sokong bajet PH tau” tapi lepas tu tup tup sepakat dengan rombongan pengkhianat berpakat dekat Sheraton untuk bagi panjat bumbung dan kasi tebuk atap !!!

Salah siapa ya semua ni ? Oh ya, ini semua mesti salah DAP! Ginilah YB, why dont you just go and fly a kite lah ya! We are not a bunch of nitwits!