Malaysia Dateline

LCS: Jangan biarkan perasuah kabur mata rakyat tangkap ikan bilis jerung besar bermaharajalela

Jangan biarkan perasuah kabur mata rakyat tangkap ikan bilis jerung besar bermaharajalela setelah pendakwaan dibuat ke atas bekas Pengarah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pendakwaan terhadap Pengarah Bousted hanya melibatkan RM20 juta iaitu tidak sampai 1 peratus pun daripada jumlah RM6 bilion wang rakyat yang dibelanjakan.

Ahmad Ramli mengaku tidak bersalah

“Mengapa jerung-jerung besar sebenarnya yang wajib disiasat dan didakwa?

“Yang pandai tukar design tentang pandangan Navy adalah menteri pertahanan Umno, menteri kewangan Umno,” katanya.

Jelas Saddiq mereka ini bantah keputusan Navy sebab itulah panglima tentera laut sendiri telah hantar 10 surat teguran tetapi tidak diendahkan dibakul sampahkan sahaja.

“Itu keputusan politik Umno.

“Apakah jerung-jerung dalam syarikat terima subcon CAD, CED tak ada pendakwaan langsung?

“Kalau kita baca laporan PAC yang membuktikan bahwa harga kontrak naik berlipat kali ganda kerana subkon bertingkat tingkat atas angin.

“Yang susah dan rugi berbilion ringgit duit kamu juga,” katanya lagi.

Katanya juga, keputusan jerung politik untuk memberikan kontrak kepada syarikat yang tidak berdaya dan berhutang sudah RM2 bilion dan lebih memalukan syarikat subkon yang dapat berbilion ringgit baru ‘dilahirkan’ 45 hari.

“Merepek”,” tambah beliau.

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Baca juga: “Ingat! Kawan komen sekadar beri semangat padahal di belakang sindir, gelak ketawa tengok kesusahan kita”