LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya

Oleh NASUHA RAHMAN

Setelah isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) dibangkitkan dan secara terang-terangan ia berlaku ketika zaman Barisan Nasional namun naratif palsu daripada penyokong BN mengatakan Pakatan Harapan (PH) tidak berbuat apa-apa sepanjang 22 bulan memerintah.

Inilah naratif terbaru isu LCS daripada penyokong BN dalam isu LCS adalah, “PH tak buat apa-apa masa 22 bulan”betul ke?

Pegerusi Biro Media Sosial DAP Syahredzan Johan menolak neratif palsu Umno BN ini dan menyifatkan sebagai desakan untuk mengalihkan serangan daripada mereka yang sepatutnya bertanggungjawab.

LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya

“Langsung tak betul! Memang terdesak bila kena guna isu ini hanya untuk alihkan serangan dari mereka yang sepatutnya bertanggungjawab” katanya.

Semasa di bawah Kerajaan PH, Menteri Pertahanan ketik itu Mohamad Sabu mencadangkann Jawatankuasa Siasatan Khas Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPK) ditubuhkan.

LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya

Di mana JKSTUPK ini dipengerusikan oleh Tan Sri Amrin Buang yang menyiasat projek ini, dan akhirnya bentangkan hasil siasatan kepada Kementerian Pertahanan pada bulan Ogos 2019.

Kemudian menurut Syahredzan, bulan Februari 2020, beberapa keputusan telah diambil mengenai projek ini mengambilkira siasatan JKSTUPK ini.

“Malangnya, tidak lama kemudian Langkah Sheraton terjadi.

LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya

“Daripada siasatan inilah, baru tahu betapa besar masalah projek ini. Tetapi laporan penuh masih ‘classified’ sampai sekarang.

“Dan JKSTUPKK ini dirujuk berkali-kali dalam laporan PAC. JKSTUPK ini permulaan siasatan ke atas projek LCS ini; terdapatnya kesinambungan dengan siasatan PAC yang bermula pada tahun 2020.

“Jangan terpedaya naratif palsu bahawa PH tidak buat apa-apa!” kata beliau.

Baca juga: ‘Asyik desak bubar Parlimen, cuba bagi nama calon PM’, netizen tempelak Umno

Baca juga: Selepas bapa terima ugutan bunuh, pelakon Bollywood beli kereta kalis peluru