Malaysia Dateline

LCS rakyat senantiasa CCTV-jangan ingat rakyat diam

Mereka yang terlibat dengan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) membabitkan kos sejumlah RM9 bilion jangan ingat rakyat hanya berdiam diri tanpa apa-apa reaksi dan respons.

Sebaliknya rakyat senantiasa memerhati setiap tindakan dan tindak balas sebelum ianya diterjemahkan melalui undi dalam pilihan raya umum(PRU) ke-15 yang akan datang.

Timbalan Pengerusi, Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang (TERAS), Abdullah Mohd Nor, ketika ditemui berkata, kerugian pembinaan kapal LCS yang belum siap sehingga kini tidak boleh dipandang enteng dan berlalu begitu sahaja.

“Rakyat semakin panik, muak dan bosan setelah mendapati tidak ada seorang pun yang telah diheret ke muka pengadilan membabitkan kerugian besar sehingga mencecah RM9 bilion.

” Kita tidak mahu skandal ini tidak berkesudahan. Jangan hanya bilis-bilis sahaja yang diheret ke hadapan, sebaliknya jerung-jerung besar juga wajib diseret dengan segera demi menyelamatkan dana rakyat yang telah dikenal pasti lesap tanpa kemunculan satu pun kapal LCS tersebut hingga kini.

“TERAS menggesa rakyat supaya bangkit, peduli dan sedar bahawa salah laku, korup dan salah guna kuasa akan merugikan rakyat dan juga negara serta dana yang begitu banyak disalahgunakan adalah suatu kezaliman terhadap kebajikan rakyat yang seharusnya diberi keutamaan, ” tegas beliau.

Sejajar dengan itu tambah Abdullah, adalah dibimbangi mesej sebenar kemarahan rakyat terhadap amlalan korup dan salah laku pimpinan sedia ada akan dizahirkan melalui PRU ke-15 yang akan datang.

Baca juga: Masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit, ini 5 tips kekal tenang walau duit tinggal 10 sen

Baca juga: Kecoh anggota BTS diangkat lelaki paling kacak di dunia, rupanya berita tak benar, keputusan belum keluar lagi