Malaysia Dateline

Lebih 1.9 juta orang kini disahkan dijangkiti Covid-19

Kira-kira 1.92 juta orang dari pelbagai negara di seluruh dunia kini disahkan telah dijangkiti Covid-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 119,500 orang meninggal dunia, manakala 450,000 telah sembuh, menurut laporan Al Jazeera.

Menurut laporan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangka akan mengeluarkan nasihat strategik terkini tentang bagaimana untuk mengawal penularan wabak berkenaan termasuk enam kriteria untuk menghentikan kawalan pergerakan.

Di AS, lebih 10,000 orang meninggal dunia akibat Covid-19 di bandar New York sahaja.

Di India, kerajaan negara itu dilaporkan melanjutkan tempoh perintah berkurung sehingga 3 Mei 2020.