Lebih 1 juta protes cadangan ekstradisi rakyat Hong Kong

Lebih 1 juta protes cadangan ekstradisi rakyat Hong Kong
Protes rakyat Hong Kong tidak mahu diekstradisi ke tanah besar China.

 

Hong Kong kini berada di ambang krisis politik di mana ratusan ribu membanjiri bandar di Hong Kong dalam memprotes cadangan rang undang-undang untuk mengekstradisi individu ke tanah besar China, lapor Reuters.

Selepas lebih tujuh jam protes itu berlangsung, kira-kira lebih daripada satu juta rakyat Hong Kong telah turun ke jalanan. Untuk rekod, bilangan ini melebihi jumlah demonstrasi pada tahun 2003 di mana kira-kira 500 ribu rakyat telah turun ke jalanan untuk memprotes usaha kerajaan yang ingin mengetatkan undang-undang keselamatan negara.

Demonstrasi ini jelas memberi tekanan politik kepada Ketua Eksekutif Pentadbiran Hong Kong, Carrie Lam dan beberapa pihak berkepentingan di Beijing.

“Beliau (Carrie Lim) seharusnya menarik balik rang undang-undang itu dan meletakkan jawatan,” kata James To, veteran bagi Parti Demokratik kepada ratusan ribu yang berkumpul di perkarangan Parlimen dan ibu pejabat kerajaan di daerah perniagaan Admiralty pada ahad malam.

“Seluruh Hong Kong menentang beliau,”.

Pihak polis turut turun untuk mengawal demonstrasi tersebut. RTHK, syarikat penyiaran yang didanai oleh kerajaan telah melaporkan bahawa pihak polis telah menggunakan penyembur pemedih mata kepada individu yang mengenakan topeng dan telah mencuba untuk menutup jalan.