Malaysia Dateline

Lebih 1 juta rakyat Pulau Pinang daftar mohon vaksin

Sehingga 28 Jun 2021, lebih satu juta rakyat negeri Pulau Pinang atau 72.5 populasi telah pun momohon untuk mendaftarkan diri sebagai pemohon vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, seramai 1,003,717 pemohon di Pulau Pinang telah pun memohon untuk divaksinisasi.

“Setakat ini seramai 19.9 peratus atau 275,790 orang telah pun menerima dos pertama. Manakala itu bagi dos kedua pula seramai 108,840 orang atau 7.9 peratus telah pun mendapat kemudahan tersebut.

“Bagi fasa ke dua sepertimana Pelan Pemulihan Negara (PPN) seramai 10 peratus populasi Pulau Pinang perlu divaksin dengan lengkap iaitu dua dos dan bagi beralih dari fasa pertama ke fasa kedua PPN, salah satu dari tiga kriteria utama ialah 10 peratus populasi mestilah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Sehubungan itu Pulau Pinang harus mencapai kriteria tersebut terlebih dahulu sebelum dapat beralih ke fasa dua PPN,” tegas beliau semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta dekat Bagan Specialist Centre pada Rabu.