Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Lebih 10,000 orang sertai Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019

Lebih 10,000 orang sertai Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019

BernamaJune 24, 2019 7:55 am




Lebih 10,000 orang menyertai Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 yang pertama kali di dakan di negeri ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penganjuran karnival ini telah membuka peluang kepada orang ramai khususnya warga Pulau Pinang untuk menjadi sebahagian daripada “Olympic Movement”.

Menurutnya, penganjuran karnival ini adalah selaras dengan visi Pulau Pinang 2030 untuk mewujudkan negeri berorientasi kekeluargaan, hijau dan pintar untuk inspirasi negara.

“Penyertaan orang ramai ini seiring dengan tujuan Olympic Movement iaitu mendidik generasi muda melalui sukan yang mempraktikkan nilai-nilai murni Olimpik ke arah kesejahteraan negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutupan Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 di Padang Kota Lama di sini hari ini.

Terdahulu, atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara di sukan Olimpik telah hadir untuk menyempurnakan larian obor termasuk Safarudin Zain, bekas atlet berbasikal negara yang bertanding di Tokyo 1964 , Datuk Krishnan Tambu, bekas atlet olahraga yang bertanding di Mexico 1968 dan Munich 1972, Jiwa Mohan bekas pemain hoki yang bertanding di Sydney 2000.

Atlet lain ialah Cheng Chu Sian, bekas atlet memanah yang bertanding di Beijing 2008 dan London 2012, juara badminton perempuan perseorangan Olimpik remaja dunia di Buenos Aires 2018 Goh Jin Wei, pemenang pingat perak beregu campuran badminton di Olimpik Rio de Janeiro 2016 dan lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production