Lebih 150 anggota PBB terima pakai perjanjian sejagat berkaitan migrasi di Maghribi

Lebih 150 anggota PBB terima pakai perjanjian sejagat berkaitan migrasi di Maghribi

Lebih 150 negara di seluruh dunia pada Isnin telah menerima pakai Perjanjian Sejagat bagi Migrasi Selamat, Teratur dan Tetap di bandar Marrakesh, Maghribi, lapor agensi berita China Xinhua.

Perjanjian itu, yang dipersetujui negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2018, telah diterima pakai pada Persidangan Antara Kerajaan PBB yang memfokus kepada isu migrasi, yang dihadiri para pegawai tinggi 150 negara.

Dokumen ini merupakan persetujuan pertama antara kerajaan yang dirundingkan bagi meliputi semua dimensi migrasi antarabangsa.

Semasa persidangan dua hari itu, peserta turut membincangkan kaedah pengurusan migrasi antarabangsa yang lebih baik, menangani cabarannya dan memperkukuh hak-hak migran.

— BERNAMA