Lebih 20 asatizah berkumpul beri nasihat kepada AMANAH

Para asatizah bergambar kenangan selepas majlis memberi nasihat kepada AMANAH.

Lebih 20 para astizah (pemberi kuliah agama) dikumpulkan oleh AMANAH semalam untuk memberikan nasihat dan pendapat kepada parti Islam itu.

Turut berada dalam majlis yang berlangsung di Wisma Amanah itu adalah Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, calon Pakatan Harapan di Cempaka, Ustaz Nik Omar Nik Aziz dan juga calon Pakatan Harapan di Tanah Merah, Dr Fauzi Zakaria.

Turut serta adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman dan ramai lagi.

Menurut salah seorang dari mereka, Dr Rozaimi Ramle, mereka dijemput untuk memberikan sedikit idea kepada pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Alhamdulillah ia satu langkah yang baik dari pimpinan Amanah untuk mendengar lontaran dari orang luar,” kata beliau dalam satu kenyataannya.

Bagi beliau, hubungan seperti ini perlu diteruskan supaya maklumat dapat disalurkan dan kesefahaman dapat dimantapkan.

“Biar kita berbeza medan perjuangan namun matlamat kita sentiasa menjunjung tinggi agama Islam,” katanya.

Beliau berdoa,semoga wacana Islam dalam negara ini sentiasa segar, progresif bersifat rahmah (berkasih sayang) dan ilmiah.

“Bukan berwajah bengis, jumud dan bermusuh dengan sesiapa,” kata beliau.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Parti Amanah Negara, “Anda telah buktikan bahawa parti anda bukan nyamuk biasa.”

8.3
OVERALL SCORE
5 user votes x 10.0